Langkau ke kandungan utama

Perang Retail Buku Melayu - Siapa Bakal Jadi Juara?

Sejak berita kemasukan Gramedia, banyak kedai buku tempatan mula bersiap sedia untuk menghadapai mereka.

MPH dan Popular sudah memulakan inisiatif mereka untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai kedai buku yang terulung di Malaysia.

Dari segi positioning, Gramedia cuba untuk menjadi kedai buku bahasa Melayu yang terbaik di Malaysia. Secara tradisionalnya, MPH dikenali sebagai kedai buku bahasa Inggeris, dan Popular adalah kedai buku bahasa Cina.

Tetapi hari ini, Popular dan MPH sudah mempunyai operasi bahasa elayu yang besar dan berkembang pesat pada kadar 30% setahun. Kemasukan Gramedia yang positioningnya begitu memberikan cabaran strategik kepada kedua-dua kedai buku ini - Siapa yang akan menjadi juara buku Melayu. Dulu ada 2, sekarang sudah jadi 3. Dan kata pepatah, 3 is too crowded.

MPH umpamanya sudah melancarkan peluru pertama mereka. Dengan kerjasama Harian Metro dan 8 penerbit tempatan, mereka melancarkan Top10 buku bahasa Melayu dan pelbagai ruang advertorial dalam harian Metro. Ini dijangka akan memberikan brand MPH kepada pembaca tabloid metro, memesrakan MPH kepada kumpulan pembaca baru.

Selain itu, beberapa kedai utama MPH yang sudah dikenalpasti duduk dalam kawasan demografi Melayu akan diubahsuai. Kedai-kedai terpilih ini akan memberikan ruang lantai dan pameran yang lebih besar kepada buku-buku Melayu.

Malah, saya menjangkakan yang akan ada lagi inisiatif merchandising, operasi dan juga marketing dari MPH untuk memastikan kedudukan mereka dalam pasaran bahasa Melayu semakin kukuh dalam masa beberapa bulan kedepan ini.

Popular yang mempunya rangkaian kedai buku paling besar luar lembah kelang memang merupakan kuasa retail untuk buku Melayu. Saya jangka dalam masa terdekat ini mereka akan melancarkan juga beberapa inisiatif dalaman untuk rebrand imej mereka terutamanya di lokaliti Melayu.

Saya yakin mereka akan meluaskan lagi skop kerjasama strategik mereka dengan Berita Harian. Pada masa ini, popular ada menganjurkan anugerah buku bersama BH. Tidak sukar untuk mereka meluaskan kerjasama ini dengan program advertorial dan lain-lain.

Saya menjangkakan dalam tempoh sederhana, kekuatan Popular di luar lembah kelang itu akan menjadi kunci perkembangan jualan buku Melayu mereka.

Lembah kelang ini pasti akan jadi battle ground dalam masa 3 tahun ke depan ini. Semua pemain buku melayu utama, dari chain hingga ke independent akan menjadi agresif dalam membuka lokasi, dan juga membuat Sale. Lembah kelang ini akkan jadi pasaran matang dalam tempoh paling lama 3 tahun, jadi red ocean. Semua kawasan demografi Melayu yang masih tiada kedai buku besar akan dijajah - Sg Buloh, Kota damansara, selayang, batu caves, ampang dalam, putrajaya, bangi, nilai, shah alam, subang dan sterusnya akan menyaksikan pembukaan kedai-kedai buku baru.

Sebaliknya, kawasan luar lembah kelang masih terbuka luas, blue ocean - dan Popular sudah bertapak lama di akwasan-kawasan ini. Outlet Popular di kawasan seperti Kedah, Kuantan, Kota Bharu, Miri dan sebagainya sudah sedia kuat dalam jaulan buku Melayu mereka. dan saya pasti akan menjadi lebih kuat dalam masa-masa akan datang.

Gramedia yang datang dari Indonesia akan membawa beberapa aset yang akan memberikan mereka niche yang tersendiri. Dari segi produk, mereka punya kelebihan untuk membawa buku-buku high-end dalam dalam bahasa Melayu yang sudah ada peminat sedia ada di Malaysia.

Cabaran utama Gramedia, adalah sumber manusia dan juga lokasi retail yang baik. Saya yakin, kedai-kedai buku sedia ada akan mengambil sikap proaktif dalam menyewa dulu tempat-tempat strategik ini. Walaupun dikira sebagai budak baru di Malaysia, mereka adalah pekedai yang cukup berpengalaman di Indonesia. Pada saya, sesiapa yang memandang rendah nilai resilience orang Indonesia, akan menempah padah.

Semua persaingan ini, akan memberikan impetus kepada industri buku tempatan. Keknya akan menjadi semakin besar. Soalan utama dalam fikiran saya, adakah penerbit dan pengarang tempatan siap mengambil peluang ini ?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...