Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2007

Wikipedia naik ke no 10 dalam senarai paling popular

Wikipedia bermula pada tahun 2001. Kini wikipedia sudah ada lebih dari 5 juta artikel dalam lebih dari 200 bahasa. Pada januari tahun lepas, wikipedia duduk di tangga ke 33. Wikipedia masih bergantung kepada derma dari individu. Sehingga kini, wikimedia (syarikat yang menguruskan wikipedia), hanya mempunyai 10 orang kakitangan. Tetapi mereka menguruskan lebih dari 350 server, dan kos bandwith sahaja dianggarkan lebih dari 100K sebulan. Pada masa ini kewangan wikimedia cukup untuk menampung kos mereka selama beberapa bulan ke hadapan. Ada pendapat mengatakan yang wikipedia patut menjual iklan dalam lamannya. Tetapi ini sudah menjadi isu yang sensitif. Mozilla dikatakan menerima lebih dari USD50 juta setahun dengan menjual Adword dari google. Dan wikipedia boleh memperolehi jumlah yang sama untuk meningkatkan kualiti dan jumlah produknya.

Tumbangnya kedai buku Indie di US.

Satu artikel dalam LATimes.com Pada pertengahan tahun 90 kebanyakkan kedai buku Indie tumbang kerana tidak mempu bersaingan dengan Chain Bookstore seperti Borders, dan Barnes & Noble. Tetapi, kini cabaran utama mereka adalah kedai buku online seperti Amazon.com. Amazon bukan hanya menjual bestseller dengan harga rendah, malah menjual buku second hand (popular di US). Kedai buku Indie dan juga kedai buku second hand terpukul oleh kehadiran Amazon. Kehadiran internet merubah sama sekali habit pembelian masyarakat. Menurut pekedai indie, sukar sekali untuk mencari sebarang trend sosial atau demografi yang boleh memberi sinar baru kepada kedai buku Indie selepas hadirnya internet. Dan fenomena tumbangnya kedai Indie boleh dilihat diseluruh US. Amazon beroperasi seperti yang dibincangkan dalam The Long Tail. Konsumer hari ini mahu pilihan. Dengan hadirnya internet, sekecil-kecil pembaca dan penulis boleh mencari peminatnya sendiri. Fungsi orang tengah (broker) yang dimainkan oleh pene

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah