Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Terma baru Apple mencekik penerbit ebook.

Baru-baru ini Apple mengumumkan terma baru untuk App yang digunakan bagi menjual buku : App mesti menggunakan sistem bayaran dari Apple. Ini bermakna, Apple akan mengambil komisyen 30% dari semua transaksi jualan buku yang berlaku secara in-App purchase.
Pada masa ini, untuk pengguna iPhone/iPad di Malaysia, kita hanya ada kedai buku Kobo yang menjual pelbagai jenis bestseller antarabangsa. Kobo tidak menjual buku dalam Appnya. Buku dibeli dengan menggunakan browser. Dengan perubahan terma baru ini, Kobo akan dipaksa menggunakan in-App purchase dari Apple.
Ini menyebabkan penerbit buku terpukul dari segi margin. Kalau penerbit majalah atau akhbar, mereka akan hilang data pelanggan.
Ambil sahaja contoh berikut;
A. Cara lama, dengan pembelian menggunakan browser. Harga buku : RM 10 Komisyen Kobo 50% : RM5 Penerbit dapat : RM 5 Royalti pengarang 25% : RM1.25
B. Dengan in-App purchase dari Apple. Harga buku : RM 10 Komisyen transaksi Apple 30% : RM3.00 Baki kepada Kobo : RM 7.00 Komisyen Kobo 50% : …