Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Harakah, Tempat Mengiklan Buku Agama.

Bila Harakah kena gam atas alasan melapor berita yang salah, sensasi dan sensitif (istilah baru - 3S) maka program pengiklanan buku agama juga tersangkut. Oleh kerana pembaca Harakah adalah sumber yang mapan dalam membeli buku agama, maka banyak penerbit mengiklankan buku gama dan politik mereka di dalam Harakah. Alasan 3S itu alasan Pak Menteri. Tetapi ramai membacanya sebagai tanda kurang keyakinan di pihak BN dalam menghadapi pilihanraya kecil. Saya menjangkakan dengan pengharaman selama 3 bulan, Sinar terbitan Karangkraf akan mendapat limpahan pembaca Harakah dan Suara Keadilan. Sinar tinggal satu-satunya akhbar popular yang berani memaparkan berita secara neutral dalam bahasa Melayu. Bagi Harakah sendiri, ini mungkin masa terbaik untuk menguatkan edisi online mereka yang selama ini agak ketinggalan berbanding laman lain seperti malaysiakini edisi bahasa Melayu. Harakah online mempunyai potensi besar untuk mencapai kepada kumpulan pembaca muda, yang rata-rata bergantung kepada inte

Read malaysia, Gramedia dan Mines Mencari Pembaca Buku Melayu

Pihak pengurusan Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) akan menganjurkan satu pesta buku yang dipanggil Read Malaysia 2009 pada 29 Mei hingga 7 Jun. Sebanyak 120 gerai dialokasi untuk buku bahasa Melayu, dan sejumlah lain untuk bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Pihak pengurusan MIECC mendapat keyakinan untuk menganjurkan Read Malaysia 2009 selepas melihat kejayaan mereka dalam menganjurkan World of Chinese Bookfair ditempat yang sama selama beberapa tahun. World of Chinese Bookfair dikunjungi oleh 400,000 orang pembaca dalam tahun 2008. Cukup berjaya untuk pesta buku tempatan yang hanya mensasarkan kepada pembaca bahasa Cina. Atas keyakinan ini, Read Malaysia cuba untuk meluaskan pasaran MIECC kepada pembaca buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menganjurkan pesta buku ke-2 di tapak yang sama. Setelah 2 kali pertemuan di buat dengan kumpulan penerbit tempatan, masih sukar untuk mendapatkan penyertaan dari penerbit buku bahasa Melayu. Sebab utama,

Lebih Dari RM3 Bilion Untuk PPSMI, 80% Buat Beli Komputer.

Rujuk kepada kenyataan menteri dalam TheStar Lebih dari RM 3 Billion dibelanjakan untuk  PPSMI Dari jumlah ini; RM 2.4 B atau 80% untuk beli komputer (ICT). Kemudian, RM3.7 juta untuk latihan dan RM6.1 juta untuk insentif guru. Jumlahnya RM 9.8 juta guru. Hanya 0.3 %.  Ada lagi 19.7% atau RM591 juta  yang tidak dinyatakan dalam laporan TheStar ini.  Soalan satu; Berapa banyak yang dibelanjakan untuk melatih dan memperlengkapkan guru bahasa Inggeris sendiri? Saya tidak dengar sama sekali ada pakej memperbaiki latihan dan insentif cikgu bahasa Inggeris sepanjang 6 tahun ini. Padahal inilah kemahiran dan tugas hakiki mereka.  Soalan dua; jika jumlah yang sama dibelanjakan untuk memperbaiki kelas bahasa Inggeris (dan bukan dibelanjakan untuk merosakkan kelas Sains & matematik yang sudah sedia berjaya itu), apakah keputusan yang boleh dicapai dalam standard pengusaan bahasa Inggeris pelajar kita? Buatkan satu kajian dalam tesis ini. Soalan tiga; kenapa banyak sangat dibelanjakan membeli

Lebih Banyak Pesta Buku Akan Dianjurkan Tahun Ini.

Kepada peminat buku, anda akan dapati lebih banyak pesta buku tahun ini.  Di peringkat kebangsaan, setakat ini yang saya sudah tahu ada; a) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumput, PWTC dalam bulan April b) Pesta Buku ReadMalaysia2009 di Mines Convention Center, dalam bulan Mei nanti. c) Popular Book Fest @ KLCC yang khabarnya dalam bulan Ogos, tapi saya belum pasti. d) dan untuk pembaca bahasa Cina, World Chinese Book Fair di Mines convention Center dalam bulan November nanti. Ini belum lagi pesta buku yang masih saya dengar sebagai desas-desus tapi belum nampak apa-apa maklumat lagi, a) SmartKids b) ada juga khabarnya satu pesta buku kanak-kanak akan dianjurkan di PWTC  Dan yang paling hampir seperti dalam email teman saya dibawah, ------------------------------ Arief, Appreciate you can spread the good news to your contacts? MPH will be having the largest MPH clearance sale with the widest range of books and related products starting from Sat. 14/3- 22/3/2009 Venue: Mayang Plaza,PJ ( f

FAQ Mudah Untuk Bapak Menteri Tentang PPSMI.

Bapak Menteri masih lagi buat tak faham, atau sengaja tidak faham kenapa ramai orang mebantah dasar PPSMI.  Mungkin betul dia kurang faham. Maka atas dasar berbaik sangka, saya cuba buatkan satu FAQ mudah. Saya tahu bahawa soal bahasa ini sensitif. Tetapi, jangan campur aduk pemikiran kita dalam hal ini dengan prejudis peribadi, emosi, sampah kolonialisma, dan minda terjajah. Dari pemerhatian saya, yang menyokong hanya beberapa kerat sahaja, dan hampir semua atas sebab yang emosional - 'Nanti kita ketinggalan' atau 'Nanti anak kita tak boleh belajar sains dan teknologi sebab semua buku dalam bahasa Inggeris'. Kalau penyokong PPSMI ramai sangat, sila tunjukkan diri anda dengan cara demokratik, pergi berarak supaya anda boleh dibilang. Saya belum jumpa penyokong yang objektif, atas sebab mahu memperbaiki pengusaan bahasa Inggeris anak kita. Berkali-kali kumpulan GMP menjelaskan bahawa kita bukan anti bahasa inggeris. Semua tokoh-tokoh yang kedepan dalam GMP itu cakap, bel