Langkau ke kandungan utama

Read malaysia, Gramedia dan Mines Mencari Pembaca Buku Melayu

Pihak pengurusan Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) akan menganjurkan satu pesta buku yang dipanggil Read Malaysia 2009 pada 29 Mei hingga 7 Jun.

Sebanyak 120 gerai dialokasi untuk buku bahasa Melayu, dan sejumlah lain untuk bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina.

Pihak pengurusan MIECC mendapat keyakinan untuk menganjurkan Read Malaysia 2009 selepas melihat kejayaan mereka dalam menganjurkan World of Chinese Bookfair ditempat yang sama selama beberapa tahun. World of Chinese Bookfair dikunjungi oleh 400,000 orang pembaca dalam tahun 2008. Cukup berjaya untuk pesta buku tempatan yang hanya mensasarkan kepada pembaca bahasa Cina.

Atas keyakinan ini, Read Malaysia cuba untuk meluaskan pasaran MIECC kepada pembaca buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menganjurkan pesta buku ke-2 di tapak yang sama.

Setelah 2 kali pertemuan di buat dengan kumpulan penerbit tempatan, masih sukar untuk mendapatkan penyertaan dari penerbit buku bahasa Melayu. Sebab utama, persepsi bahawa Mines itu lokasi jualan buku bahasa Cina sahaja - buku lain tak boleh jual. Kumpulan penerbit bahasa Melayu dan Inggeris meminta jaminan bahawa akan ada pembaca bahasa Melayu dan Inggeris di Read Malaysia nanti.

Penganjur mengakui hakikat ini, bahawa persepsi itu yang paling sukar diubah.

Untuk cuba mengatasi masalah ini, mereka telah meletakkan belanja pengiklanan yang agak besar di media bahasa Melayu, yang bakal meliputi radio, akhbar dan juga TV. selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan yang mesra pengunjung islam seperti surau dan gerai-gerai makanan yang halal. Sebagai kepalanya, mereka sedang cuba mendapatkan artis yang ternama untuk menjadi duta kepada pesta buku ini. Antara nama yang dicadangkan kepada penganjur ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Diharapkan dengan taktik pengiklanan yang agresif ini, Read Malaysia dapat menarik pembaca Melayu dari kawasan UPM, UKM, Cheras, Putrajaya, Bangi, Kajang dan Hulu langat untuk datang ke Mines.

Dari perspektif penerbit pula, saya percaya sudah sampai masanya ada satu lagi pesta buku yang besar untuk buku-buku tempatan. Oleh kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu dianjurkan secara sukarela oleh industri, maka kita mesti melihat kepada event organizer komersil untuk menganjurkan pesta buku yang baru.

Kita lihat yang 2 pesta buku bahasa Cina (Popular bookfest, KLCC dan World chinese bookfair, MIECC) boleh memberikan pulangan yang baik kepada para pempamer. Malah untuk pasaran buku bahasa Inggeris yang bertumpu di Petaling Jaya/Damansara ada sekurang-kurangnya 2 pesta buku yang besar (ada MPH warehouse sale, Times warehouse sale dan saya pasti juga akan ada Borders warehouse sales tahun ini). Pasaran buku Melayu yang jauh lebih besar, pasti boleh menampung 2 atau 3 pesta buku besar setahun.

Kumpulan penerbit buku agama sudah lama menyatakan perkara ini, apabila melihat kejayaan Pesta Buku Islam Indonesia yang sudah berlangsung selama 8 tahun. Mereka juga berhasrat untuk menganjurkan satu pesta buk yang serupa di masa akan datang.

Kita yakin yang pasarannya itu ada. Yang menjadi cabaran sekarang ialah siapa yang mampu menganjurkan pesta buku ke-2 yang berjaya. Mungkinkah MIECC mampu merubah persepsi pembaca melayu?

Percubaan MIECC ini juga akan memberikan kesan satu rangkaian kedai buku bahasa Melayu yang baru memasuki pasaran Malaysia - Gramedia bookstore. Gramedia bakal melancarkan kedai buku mereka seluas 20,000 kaki persegi di Mines shopping center. Jika Read Malaysia berjaya membawa pembaca Melayu ke Mines, maka tugas Gramedia memperkenalkan kedai buku mereka di Mines juga akan menjadi lebih mudah.

Bagi pihak pembaca, perang pesta buku di kuala lumpur tahun ini akan memberikan mereka pelbagai pilihan dan tawaran diskaun. Ada banyak rahmat disebalik krisis ekonomi ini kepada pembaca. Semua penerbit dan ekdai buku terpaksa menggandakan usaha promosi dan pemasaran mereka untuk memastikan industri ini terus berkembang sihat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...