Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Musim duka.

Ada beberapa musim yang mendukakan penerbit trade book.

Pertama, musim tutup tahun kewangan.

Banyak kedai buku besar menutup tahun kewangan mereka dalam bulan Mac. Kenapa semua pilih Mac juga agak misteri kepada saya, mungkin mengelak dari tutup dalam musim sibuk Disember.

Pada bulan inilah kedai-kedai buku membuat inventory reduction dengan membuat return mana-mana tajuk yang tidak laku lagi, dan secara umumnya melambatkan perchase untuk tajuk-tajuk baru. Agar mudah buat stock take pada hujah mereka.

Kepada penerbit trade book, return melambung tinggi. Kadang kala tajuk baru juga menjadi mangsa return yang dibuat dalam skala perindustrian ini. Berpalet-palet buku return masuk setor. Yang untung dalam seluruh eksasais penuh duka ini adalah syarikat transport, yang setia mengangkut dan menghantar berkotak-kotak return kepada penerbit.

Salesman akan duduk tekun didepan komputer dan mendakap telefon masing-masing, cuba memujuk clientnya supaya tidak membuat return yang terlalu tinggi (dan ka…

Analisis PRU12 - Pasaran Buku Seluruh Negara

Seperti mana stesen TV yang sibuk membuat analisa PRU12, saya juga memberikan sedikit maklumat mengenai jualan buku di beberapa lokasi seluruh negara.

Lembah Kelang DOWN - Sentimen pembeli buku sangat lemah di pasaran terbesar negara. kedai-kedai buku mengalami kejatuhan yang ketara dari segi jualan dan juga pembeli walk-in. Ini dikatakan berpunca dari sikap berhati-hati pembeli buku, yang kurang bersiar-siar selepas waktu pejabat atau keluar rumah selepas PRU12. Ini diburukkan lagi dengan SMS negatif yang banyak beredar sekarang. Kesan berhati-hati ini boleh dilihat di pusat membeli belah yang dikatakan lengang dan tidak ada pembeli.

Johor Baru UP - keadaan pasaran baik. Jualan di kedai buku adalah tinggi berbanding hari biasa. Ini dikatakan berpunca dari musim cuti sekolah seluruh negara.

Kota Baru UP - keadaan pasaran amat baik. jualan dikatakan naik sehingga 300% berbanding hari biasa. Ini dikatakan berpunca dari musim cuti sekolah, dan juga ramai pengunjung dari luar Kelantan yang b…

Audio book yang kini ditanggalkan DRMnya.

Beberapa penerbit buku yang telah mengeluarkan edisi audio book mula menggalkan DRM dari produk mereka. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan kemudahan kepada pembeli audio book untuk memindahkan fail antara PC, iPod dan telefon. Trend ini dimulakan oleh penerbit music seperti Warner dan Sony BMG, yang menerbitkan album mereka dalam format unprotected MP3. Kini trend ini diikuti oleh penerbit audio book seperti Random House dan Penguin.

Dari segi bisnesnya, penerbit berharap ini akan merejuvinasi jualan buku audio book. Menurut penerbit, melalui eksperimen sebelum ini, didapati cetak rompak terhadap audio book sebenarnya datang dari CD, dan bukan digital download. Oleh itu, penerbit yakin bahawa penjualan tanpa-DRM ini akan memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada mereka dan juga pengarang. Tetapi, sebagai pengarang, mungkin ada antara mereka yang tidak mahu bukunya dijual tanpa perlindungan DRM, kerana prinsipnya adalah melindungi karya mereka dari ancaman cetak rompak melalui…

Catcha Publishing akan ke pasaran saham?

Catcha publishing, dari kumpulan awal dotcom Malaysia beberapa tahun dulu telah bertukar menjadi penerbit majalah bahasa Inggeris. Menurut siaran akhbar berikut, mereka merancang untuk memasuki pasaran saham dalam tempoh 18 hingga 24 bulan kehadapan.

Menurut mereka, wang dari penyeraian ini akan digunakan untuk a)melancarkan lebih banyak tajuk dan 2)memasuki pasaran media secara online dengan lebih agresif.

Catcha juga mengklaim yang kumpulan mereka adalah penerbit nombor 1 majalah bahasa Inggeris di Malaysia. Ini satu klaim yang menarik untuk dikaji, dari aspek siapakan penerbit utama majalah, saiz pasaran majalah dan juga market share yang dipunyai oleh setiap penerbit dalam bidang ini. Saya mencari-cari kertas kajian pasaran majalah di Malaysia.

Selain itu, kita juga memerhatikan bursa mana akan jadi pilihan kepada penerbit majalah ini - KLSE, SGX, Hong Kong atau London?

Globalisasi, dan lambakan buku di Malaysia (Bhgn 1).

Globalisasi dan pergerakan buku dalam pasaran dunia akan mula menunjukkan taringnya sedikit masa lain. Saya melihat Malaysia sebagai satu negara yang berada di persimpangan - mahu menjadi negara proteksionis atau mahu menjadi negara yang merebut peluang ini.

Penerbit bahasa cina tempatan.

Penerbit bahasa cina tempatan sudah lama terancam oleh gelombang import buku dari Taiwan, dan kini tsunami buku dari China. Penerbit bahasa cina tempatan kini hanya tinggal dalam sektor buku sekolah dan buku teks yang tidak boleh digantikan dengan import. Dalam bidang-bidang lain hampir sahaja pupus.

Kini, berita terbaru mengatakan bahawa penerbit Taiwan pula yang diancam oleh buku dari China. Tahun ini menyaksikan, gergasi dunia penerbitan barat beralih dari Taipei book fair ke Beijing book fair secara besar-besaran untuk mengejar pasaran China. Penerbit China pula melambakkan buku-bukunya yang jauh lebih murah ke pasaran Taiwan dan mengancam dominasi penerbit Taiwan dalam pasaran mereka sendiri.

Inter…

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos.

Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada.

Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden.

Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini. P…