Langkau ke kandungan utama

Analisis PRU12 - Pasaran Buku Seluruh Negara

Seperti mana stesen TV yang sibuk membuat analisa PRU12, saya juga memberikan sedikit maklumat mengenai jualan buku di beberapa lokasi seluruh negara.

Lembah Kelang DOWN - Sentimen pembeli buku sangat lemah di pasaran terbesar negara. kedai-kedai buku mengalami kejatuhan yang ketara dari segi jualan dan juga pembeli walk-in. Ini dikatakan berpunca dari sikap berhati-hati pembeli buku, yang kurang bersiar-siar selepas waktu pejabat atau keluar rumah selepas PRU12. Ini diburukkan lagi dengan SMS negatif yang banyak beredar sekarang. Kesan berhati-hati ini boleh dilihat di pusat membeli belah yang dikatakan lengang dan tidak ada pembeli.

Johor Baru UP - keadaan pasaran baik. Jualan di kedai buku adalah tinggi berbanding hari biasa. Ini dikatakan berpunca dari musim cuti sekolah seluruh negara.

Kota Baru UP - keadaan pasaran amat baik. jualan dikatakan naik sehingga 300% berbanding hari biasa. Ini dikatakan berpunca dari musim cuti sekolah, dan juga ramai pengunjung dari luar Kelantan yang bercuti atau balik kampung.

Alor Setar UP - keadaan pasaran baik. Jualan di kedai buku adalah tinggi berbanding hari biasa. Ini dikatakan berpunca dari musim cuti sekolah seluruh negara.

Kuching NEUTRAL - sentimen pasaran adalah baik. Tetapi tidak diterjemahkan kepada jualan. Ini ada kaitan dengan cuaca buruk yang melanda Sabah & Sarawak sekarang, mengakibatkan pembeli buku memilih untuk duduk di rumah kerana hujan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...