Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Temuramah Saya Dalam Thenutgraph

Saya ditemuramah oleh wartawan Thenutgraph mengenai isu Akta Mesin Cetak, dan perbincangan mengenai keperluan akta ini disemak semula menjadi tajuknya PPPA Affects Business.

Jualan muzik melonjak naik dalam tahun 2008

Tetapi jualan album semakin merosot. Ini menurut artikel dalam USA today Music sales boom, but albums fizzle for '08.

Jualan muzik yang paling pesat berkembang adalah dalam bentuk single track download, yang mencakupi 70% dari jualan keseluruhan industri muzik. Single track download mencatatkan 1.07 billion unit.

Saya percaya trend yang sama juga sedang berlaku di Malaysia. Bezanya disini, single track download adalah melalui handphone.

Kalau menurut satu rancangan TV Indonesia yang saya tonton baru-baru ini, mereka bergantung kepada jualan melalui caller ringback untuk menjual muzik secara sah. Salur distribusi tradisional seperti CD ddan kaset, sudah dipenuhi dengan produk cetak rompak.

Menurut cerita dalam industri muzik, hanya beberapa kategori album masih bertahan - nasyid, lagu-lagu daerah (hanya berlaku di pantai timur), dan bacaan Al-Quran. Lain semuanya sudah hampir berkubur hari ini.

Ini semua menunjukkan bahawa era digital sudah bermula dalam pasaran muzik. Tetapi, sampai ha…

Hipermarket - Pasar baru untuk buku?

Saya ada bercakap dengan seorang konsultan yang bisnesnya mencari lokasi retail untuk pelanggannya.

Perbualan ini ternyata menarik kerana beliau memberi beberapa maklumat mengenai keadaan pasaran retail hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini beliau banyak menempatkan pelanggannya di mall. Namun, akhir-akhir ini beliau mula memberikan fokus kepada hipermarket dan beberapa pelanggan beliau sudah mula menempatkan outlet mereka di hipermarket. Dengan keadaan ekonomi yang semakin perlahan, beliau mendapati trafik pembeli mula perlahan di kebanyakkan mall. Hanya mall terbaik seperti Midvalley, KLCC dan Sunway Pyramid masih mengekalkan trafik mereka.

Faktor utama pelanggannya memilih untuk membuka outlet di hipermarket adalah kerana kenaikan trafik pembeli di hipermarket akhir-akhir ini. Ini banyak diulas dalam kolum di akhbar bisnes kerana kesan downgrade oleh pengguna kepada produk yang lebih murah.

Selain dari itu, desain hipermarket yang terkini sudah mula memasukkan konsep one stop center - …