Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Geoff Colvin : Jual Otak atau Jual Barang?

Kolum dari editor senior di salah satu majalah bisnes kegemaran saya : Mana lebih untung, jual otak atau jual barang ? (Fortune magazine) -- I have long held that brainpower trumps all economically - that intellectual capital is the most reliable way to wealth, for a person or a company. But sometimes even brilliance can't outperform the brute force of giant economic trends, and that has been a major theme of the past several years - much to my surprise.

Laman cetak rompak novel novelmelayu.blogdrive.com tutup

Semalam saya dapati laman cetak rompak novel tersebut sudah dipadamkan oleh pengendalinya. Kisah ini merujuk kepada entri awal  tentang cetak rompak digital. Cerita ini ditulis oleh beberapa blogger, dan boleh diperhatikan banyak pembaca (dan pasti pengarang yang bukunya dicetak rompak) mula mengacau laman tersebut. Saya juga dimaklumkan ada penerbit yang sudah membuat laporan polis mengenai laman itu.  Ini adalah keputusan yang baik.  Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para blogger dan pembaca yang telah menentang secara kolektif, kewujudan laman cetak rompak ini. Usaha anda semua ternyata telah berjaya. Kita akan terus berhati-hati dan memantau sebarang kejadian cetak rompak digital.

Cetak Rompak Digital (Part 2)

Sambungan dari entri awal dalam hal ini. Bangun dari tidur pagi ini, dan terbayang senario ini : Dulu, buat album jual dalam bentuk CD dan kaset --> Kena cetak rompak, jual di pasar malam RM5 --> jadi MP3, masuk dalam Torrent, Free Download! Hari ini, Terbit Buku --> Kena cetak rompak, lanun scan dan jual pdf harga RM10 --> Esok, masuk dalam Torrent, Free Download! Waduh ... 

USD naik, RM turun = Harga kertas pun naik.

Semalam pembekal kertas ada menelefon saya soal harga untuk pesanan kertas bagi bulan November - 60 hari ke depan. Beliau agak risau dengan kelemahan ringgit sekarang, kerana ini bermakna harga kertas akan naik 2-4% dari apa yang mereka jangka. Pembelian kertas ini boleh dikatakan besar kerana biasanya dibeli dalam kuantiti berapa kontena. Setiap kontena ialah lebih kurang 15 tan kertas. Jika harga berubah, nilainya dalam RM ialah beberapa ribu ringgit. Oleh itu, pembeli kertas akan berhati-hati dengan sebarang perubahan harga dan pergerakan matawang. Salah satu paper mill utama yang membekal kepada beliau ialah Sabah Forest Industry, Sabah. SFI membekalkan beratus-ratus kontena kertas simili woodfree kepada beberapa pembekal di semenanjung, dan pembekal ini akan membekalkan kertas tadi kepada pencetak, penerbit, pembuat stationary, dan pengguna lain yang menggunakan kertas gred ini. Selain SFI, 2 lagi punca utama untuk kertas simili bagi Malaysia ialah beberapa paper mill di Indonesia

Boleh Mati Penerbit Buku Kena Cetak Rompak Begini

Baru-baru ini saya dapat laporan dari teman penerbit tentang sebuah laman yang menjual buku cetak rompak secara e-book (http://novelmelayu.blogdrive.com). Kali ini, buku terbitan kami sendiri yang kena cetak rompak, dan beberapa buku dari teman-teman penerbit lain. Maka kami semua berunding sesama sendiri bagaimana harus di tangani masalah ini. Itu semalam, hari ini semakin ramai penerbit yang tahu - makin kecoh. Ada seorang teman yang telefon saya pagi ini. "Macam mana dia boleh pirate kita punya buku. Saya selalu survey market, kalau kena pirate saya mesti nampak", kata beliau dan saya percaya cakapnya. Beliau memang aktif dalam pasaran novel. Saya jawab "Ini bukan print punya, ini jual soft-copy !". Soalan beliau membuka mata saya tentang perbezaan digital yang kita ada hari ini. Orang lama (penerbit buku) fikir ini mesti hal cetak rompak biasa, dan sama sekali tidak sangka adacara baru - digital. Malah, saya fikir banyak pihak belum terfikir apa implikasi cet