10 September, 2008

Laman cetak rompak novel novelmelayu.blogdrive.com tutup

Semalam saya dapati laman cetak rompak novel tersebut sudah dipadamkan oleh pengendalinya. Kisah ini merujuk kepada entri awal tentang cetak rompak digital.


Cerita ini ditulis oleh beberapa blogger, dan boleh diperhatikan banyak pembaca (dan pasti pengarang yang bukunya dicetak rompak) mula mengacau laman tersebut. Saya juga dimaklumkan ada penerbit yang sudah membuat laporan polis mengenai laman itu. 

Ini adalah keputusan yang baik. 

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para blogger dan pembaca yang telah menentang secara kolektif, kewujudan laman cetak rompak ini. Usaha anda semua ternyata telah berjaya.

Kita akan terus berhati-hati dan memantau sebarang kejadian cetak rompak digital.


Tiada ulasan: