04 September, 2008

USD naik, RM turun = Harga kertas pun naik.

Semalam pembekal kertas ada menelefon saya soal harga untuk pesanan kertas bagi bulan November - 60 hari ke depan. Beliau agak risau dengan kelemahan ringgit sekarang, kerana ini bermakna harga kertas akan naik 2-4% dari apa yang mereka jangka.

Pembelian kertas ini boleh dikatakan besar kerana biasanya dibeli dalam kuantiti berapa kontena. Setiap kontena ialah lebih kurang 15 tan kertas. Jika harga berubah, nilainya dalam RM ialah beberapa ribu ringgit. Oleh itu, pembeli kertas akan berhati-hati dengan sebarang perubahan harga dan pergerakan matawang.

Salah satu paper mill utama yang membekal kepada beliau ialah Sabah Forest Industry, Sabah. SFI membekalkan beratus-ratus kontena kertas simili woodfree kepada beberapa pembekal di semenanjung, dan pembekal ini akan membekalkan kertas tadi kepada pencetak, penerbit, pembuat stationary, dan pengguna lain yang menggunakan kertas gred ini.

Selain SFI, 2 lagi punca utama untuk kertas simili bagi Malaysia ialah beberapa paper mill di Indonesia dan Thailand. Biasanya kualiti sedikit baik dari SFI, tetapi harganya juga tinggi berbanding dengan kertas SFI.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan perkembangan ini, nampaknya para penerbit harus terus menggiatkan promosi untuk menggalakkan pembelian bahan bacaan melalui nmedia-media lain, seperti mobile book.

Tanpa Nama berkata...

Dengan perkembangan ini, nampaknya para penerbit harus terus menggiatkan promosi untuk menggalakkan pembelian bahan bacaan melalui nmedia-media lain, seperti mobile book.

- Ashadi Zain

Arief Hakim berkata...

Kita memang perlu mula memikirkan saluran baru menjual buku.