Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Hilang Bisnes Kerana Sikap Kita Sendiri.

Setelah hilang bisnes buku teks sekolah (kerana dibekalkan percuma kepada pelajar sekarang), penerbit buku kerja menghadapi halangan baru. Baru-baru ini keluar lagi arahan dari Pak Menteri bahawa sekolah tidak boleh mengenakan apa-apa yuran semasa pendaftaran baru tahun 2009 nanti melalui satu surat pekeliling. Ada beberapa versi cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa semua pengetuan dan guru besar telah dipanggil untuk satu sesi penerangan di daerah masing-masing. Khabarnya dalam sesi ini semua guru dimaklumkan bahawa mereka mesti patuh dan tidak cuba membuat sebarang 'jalan belakang'. Akibatnya, semua jenis yuran dan listing buku telah digam oleh pentadbiran sekolah. Semua kena tunggu kelulusan dalam mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Ini versi cerita yang paling keras. Ada satu cerita yang mengatakan bahawa arahan ini hanya terpakai untuk kes yuran sahaja. Tetapi, listing buku boleh dikeluarkan seperti biasa. Ini versi yang paling lembut. Apa pun, khabarnya ara

Tarik Tali Hujung Tahun

Di Malaysia, untuk penerbit buku umum (bermaksud semua jenis buku selain buku sekolah dan buku teks universiti) adalah menjadi satu kemestian untuk masuk ke pasaran kedai buku berangkai (chain bookstores) . Kalau mahu distribusi dan volume yang besar, mesti pergi ke chains . Noktah. (Penafian : Ini mazhab saya sendiri. Ada banyak juga penerbit yang sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat ini) Ini menyebabkan chains mempunyai pengaruh yang kuat kepada penerbit, terutamanya penerbit yang menjadi pembekal utama mereka. Mereka juga mula menggunakan pengaruh ini untuk mendapatkan terma yang lebih baik dari penerbit. Antara perkara yang selalu menjadi topik tarik-tali adalah soal diskaun dagangan, sokongan untuk aktiviti pemasaran (beli iklan dalam majalah mereka, ikut dalam pameran, aturkan sesi bersama pengarang dan lain-lain), soal kos logistik, dan juga keutamaan untuk mendapatkan stok. Penerbit sebaliknya akan menekankan timbal-balas seperti pameran pukal (bulk display) , jualan p

Pening kedai buku di Terengganu

Pening kedai buku di Terengganu, sampai sekarang tidak ada shopping mall yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ini menyebabkan mana-mana kedai yang terfikir untuk membesarkan perniagaan mereka tersangkut. Rakyat Kelantan lebih bertuah - sudah ada KB Mall yang beroperasi dengan jayanya di Kota Bharu. Malah ada satu lagi yang sedang dibangunkan sekarang, dan katanya akan di anchor kan oleh satu hipermarket gergasi. Dengan kehadiran mall di KB, 2 kedai buku yang besar sudah dapat satu tapak perniagaan yang sangat baik. Popular Bookstore berdepan dengan satu pemain baru, Kedai buku SMO. Kedua-duanya mencatat jualan yang memberansangkan di KB Mall. Persaingan anatara 2 kedai buku utama ini akhirnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli buku di Kelantan dengan pelbagai tawaran dan pilihan terkini. Era jualan buku secara moden sudah sampai di Kota Bharu. Sebaliknya, pembaca buku di Terengganu masih dinafikan dari menikmati kedai buku besar, lengkap dan moden. Bangunan KT

Telekom Sendiri Akan Pergi Ke Content?

CreditSuisse dalam laporan harian bertarikh 12hb November yang meletakkan saham TM pada Underperform mengatakan bahawa; " Rather than focussing on maximising cash flow generation from existing operations, management’s strategy seems to be shifting towards more aggressive investment in non-core areas (e.g. IPTV,content, business process outsourcing) in an attempt to grow " Menurut penganalisis ini, motivasi utama pengurusan TM untuk pergi ke bidang baru ini ada kena mengena dengan projek HSBB " the issue seems to be with what we have previously highlighted as the key risk facing Telekom Malaysia – the government’s high-speed broadband project (HSBB)....... the wider concern is that management now sees the rollout as a platform for growth into other areas, most notably IPTV. " Dengan pertukaran strategi ini, pasti ada peluang untuk pengeluar Content di Malaysia. Yang saya tidak pasti, sejauh manakah Telekom boleh berjaya dalam bidang yang bukan teras kepada bisnes me

25 Ribu Ebook Di Malaysia.

Pengumuman menteri besar terengganu malam semalam dalam The Star bertajuk 25,000 Pupils In Terengganu To Get Laptop Next Year  agak mengejutkan, kerana kerajaan terengganu secara unilateral telah mengambil keputusan untuk memberikan laptop kepada kanak-kanak sekolah. Unilateral kerana tanpa apa-apa partnership dari agensi tradisional dalam kementerian pendidikan dalam hal teknologi dalam pendidikan. Dari satu segi ini bukanlah gerakan yang baru. Prof Negroponte dari MIT telah memulakan gerakan One Laptop Per Children (OLPC) yang secara besar-besaran mengkaji, dan membangunkan model laptop baru dan perisiannya untuk negara mundur dan membangun, dengan kos sasaran serendah USD100. Beliau yakin sekali bahawa laptopnya itu akan menjadi alat yang mampu mentransformasi pendidikan kanak-kanak tersebut. Saya melihat inisiatif Terengganu sebagai berpotensi untuk menguji penggunaan ebook secara mass market dan besar-besaran di Malaysia. Menurut pengumuman tersebut, mereka hanya melibatkan Dewa

Jualan Retail Dijangka Merosot Lagi Tahun Hadapan.

Membaca satu berita dalam BusinessTimes bertajuk Retailers lower 2009 sales forecast betul-betul menyebabkan ramai penerbit dan kedai buku seram sejuk. Antara lain, kajian yang dibuat untuk pihak Malaysian Retailers Association ini merendahkan jangkaan sales tahun 2009 dari 8% ke 5% atau kurang. Memang hampir-hampir tidak ada perkembangan tahun depan. Malah untuk tahun ini sendiri, jangkaan awal perkembangan sebanyak 7% telah jatuh ke 4%, kerana 2 suku terakhir yang sangat lembap. Untuk sektor retail buku, ini memang diakui oleh beberapa pekedai yang besar. Ada seorang pegawai yang memberitahu saya bahawa jualan pada bulan Julai lepas adalah yang paling buruk dalam 10 tahun ini. Rata-rata pekedai buku yang menghadapi kelembapan jualan ini berada di di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang. Beberapa pekedai juga memaklumkan yang jualan selepas hari raya sangat perlahan. Yang menjadi penyelamat kepada beliau ialah pembelian dari kerajaan yang sangat kuat akhir-a

Satu langkah lagi ke arah jualan musik digital di Malaysia

Berita dalam Thestar, pengumuman  satu perjanjian yang ditandatangani antara penerbit musik dan juga label di malaysia .  Isi utama perjanjian ini adalah untuk memudahkan kedai musik digital di Malaysia, mendapatkan hak jualan pelbagai jenis musik yang ada di pasaran. Sandy Monteiro, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman said: “It is a blanket agreement between the publishers and labels to simplify the rights process. “Prior to this MoU, a digital music retailer would have to sign about 15 different contracts with various labels and publishers from 27 different countries for the rights to a song. Now they just have to sign one,” he said. Saya masih cuba memahami mengapa pengurusan hak musik ini terlalu kompleks, seperti yang dikatakan oleh Sandy Monteiro. Saya pasti jika ada kedai musik digital di Malaysia yang mahu menjual album-album yang diterbitkan di luar negara (atau dalam negara sekalipun) mesti mendapatkan hak jualan itu dulu. Tetapi kenapa keperluan untuk d

Akhbar CSM Pindah Ke Web

Akhbar Christian Science Monitor (CMS) menutup penerbitan edisi cetak, dan memindahkan semua penerbitannya ke web. Tetapi mereka akan mengekalkan penerbitan bercetak untuk edisi hujung minggu.  Saya banyak membaca perbincangan mengenai model baru penerbitan akhbar dalam zaman internet. Pada pendapat saya, akhbar yang mempunyai jualan iklan yang kuat, berbanding dengan jualan subscription , akan berjaya melakukan transformasi ini.  Sebaliknya, akhbar yang bergantung kepada subscription , akan menghadapi masalah besar apabila cuba memindahkan modelnya ke dunia baru ini.  Jika kita membayangkan lima tahun dari sekarang (atau mungkin lebih awal lagi), manakah akhbar bahasa Melayu yang akan pergi ke web 100%? Mungkinkah mereka boleh membina model perniagaan baru yang sustainable dalam web? Artikel penuh dalam NYT bertajuk The Monitor Ends Daily Print Edition .    

Tukar Kerajaan, Tukar Cara Beli Buku

Seorang teman yang bisnesnya sebagai kontraktor buku kerajaan baru balik dari utara. Beliau dan 16 kontraktor buku lain mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat di perbadanan perpustakaan negeri. Dari 16 itu, hanya 12 syarikat yang hadir. "Bagus kerajaan baru ni" ujar beliau. Menurut beliau semua yang yang mesyuarat diminta supaya memberikan sokongan dan menyertai pesta buku negeri yang akan dianjurkan dalam tempoh terdekat ini. Mereka tidak mendapat bayaran, tetapi sebaliknya diberikan peluang untuk membekalkan buku-buku terbaru kepada perpustakaan negeri itu. Semua yang datang dapat pesanan - semua dapat sama rata. Rugilah kepada kontraktor yang tidak hadir itu. Yang paling mereka seronok sekali, sebelum ini mereka tidak rasa langsung dapat pesanan dari perpustakaan itu. Semuanya dibolot oleh satu kedai buku yang terkenal di negeri itu. Boleh dikatakan, orang industri tahulah siapa yang control . Bawah kerajaan baru ini barulah mereka semua merasa dapat pesanan. Ramai y

Curi Buku dan Jual Secara Online

Dalam industri ini, cerita pengunjung curi buku dalam kedai memang cerita biasa. Pencuri ini datang dalam berbagai samaran - ada yang macam pemandu teksi, ada yang bertudung, ada juga yang berstatus selebriti, ada yang pakai seluar baggy dan sebagainya. Baru-baru ini ada cerita dari utara. Sebuah kedai buku telah hilang beberapa ratus naskah buku dari dalam setornya. Lanjutan itu, satu siasatan dalaman telah dibuat untuk mencari sisapakah yang mencuri buku-buku tadi. Pengurusan kedai mengesyaki ini adalah kerja dalaman. Dalam kes kecurian biasa, buku telah dibawa keluar dari setor, dan diletakkan di rak pameran. Buku yang hilang dari rak pameran biasanya kerana dicuri oleh pengunjung kedai. Pengurusan yakin hanya orang dalam sahaja yang boleh mencuri dari setor simpanan buku. Secara tidak sengaja, seorang pekerja kedai ini telah menjumpai satu laman web yang dipunyai oleh teman sekerjanya. Dalam laman web tersebut, temannya ini menjual buku secara online, meletakkan gambar dirinya, dan

Apa Yang Cik Oprah Paling Suka Sekali?

Ikon kultural dalam pembacaan hari ini, Cik Oprah Winfrey telah membuat deklarasi terbuka bahawa Amazon Kindle adalah gajet kesukaan beliau.  Kata beliau  "I'm telling you, it is absolutely my new favorite thing in the world ".  Kalau seorang ikon konservatif sudah jatuh cinta, berapa lama sebelum semua peminatnya juga fikir benda yang sama?

Satu Penerbit Terpanas Sudah 'Tutup Kedai'

Satu berita panas berpusing dalam industri buku hari ini.  Sebuah penerbit terpanas di pasaran, telah mengeluarkan VSS kepada kakitangan editorialnya semalam.  Semua kakitangan editorial akan diberikan 3 bulan gaji. Dengan VSS ini, mereka dijangka tidak akan menerbitkan buku sendiri lagi. Berita ini juga mengatakan yang mereka akan mengekalkan unit edarannya. Unit edarannya kini memegang franchais mengedarkan bahan pengajaran bahasa Inggeris dari Cambridge University, satu francais  ELT  (English language teaching)  yang diketahui terbaik, dan menjadi pesaing kuat kepada francais ELT dari Oxford.  Syarikat ini sejak ditubuhkan memang sentiasa mendapat perhatian dari industri buku kerana sangat 'daring ' dalam perniagaan mereka. Pada awal penubuhannya, mereka cuba membolot semua kontrak untuk menerbitkan semua buku teks bagi projek PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Bila ini gagal kerana tentangan dari banyak penerbit buku teks tempatan, timbul pula ce

lingkaran hitam untuk ekosistem kandungan tempatan.

Diskusi saya ini merujuk kepada aktiviti pengiklanan dalam internet. Lumrahnya, syarikat saya ini syarikat kecil, yang hanya memfokuskan buku-bukunya kepada pembaca tempatan (tambah sikit orang Brunei dan orang Singapura). Oleh itu, sifatnya sangat lokal. Akhir-akhir ini kita mengambil keputusan untuk meningkatkan bajet pengiklanan dalam internet yang mensasarkan kepada pembaca buku tempatan. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan jaringan pengiklanan ( advertising network ) Google Adword.  Premisnya mudah- kami mahu mengiklan kepada pembaca internet dalam bahasa Melayu, yang geografinya terhad kepada Malaysia. Rupanya susah sekali, dan keputusannya tidak optimum. Sebabnya, google Adword tidak menyokong bahasa Melayu. Mereka tidak menerima pendaftaran dari laman web bahasa Melayu yang popular untuk meletakkan iklan Adsense. Oleh itu, jika ada pengiklan yang mahu mensasarkan ke pembaca laman web Melayu - jadi susah sekali. Iklan kita tadi akan disiarkan di laman berbahasa Inggeris,

Geoff Colvin : Jual Otak atau Jual Barang?

Kolum dari editor senior di salah satu majalah bisnes kegemaran saya : Mana lebih untung, jual otak atau jual barang ? (Fortune magazine) -- I have long held that brainpower trumps all economically - that intellectual capital is the most reliable way to wealth, for a person or a company. But sometimes even brilliance can't outperform the brute force of giant economic trends, and that has been a major theme of the past several years - much to my surprise.

Laman cetak rompak novel novelmelayu.blogdrive.com tutup

Semalam saya dapati laman cetak rompak novel tersebut sudah dipadamkan oleh pengendalinya. Kisah ini merujuk kepada entri awal  tentang cetak rompak digital. Cerita ini ditulis oleh beberapa blogger, dan boleh diperhatikan banyak pembaca (dan pasti pengarang yang bukunya dicetak rompak) mula mengacau laman tersebut. Saya juga dimaklumkan ada penerbit yang sudah membuat laporan polis mengenai laman itu.  Ini adalah keputusan yang baik.  Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para blogger dan pembaca yang telah menentang secara kolektif, kewujudan laman cetak rompak ini. Usaha anda semua ternyata telah berjaya. Kita akan terus berhati-hati dan memantau sebarang kejadian cetak rompak digital.

Cetak Rompak Digital (Part 2)

Sambungan dari entri awal dalam hal ini. Bangun dari tidur pagi ini, dan terbayang senario ini : Dulu, buat album jual dalam bentuk CD dan kaset --> Kena cetak rompak, jual di pasar malam RM5 --> jadi MP3, masuk dalam Torrent, Free Download! Hari ini, Terbit Buku --> Kena cetak rompak, lanun scan dan jual pdf harga RM10 --> Esok, masuk dalam Torrent, Free Download! Waduh ... 

USD naik, RM turun = Harga kertas pun naik.

Semalam pembekal kertas ada menelefon saya soal harga untuk pesanan kertas bagi bulan November - 60 hari ke depan. Beliau agak risau dengan kelemahan ringgit sekarang, kerana ini bermakna harga kertas akan naik 2-4% dari apa yang mereka jangka. Pembelian kertas ini boleh dikatakan besar kerana biasanya dibeli dalam kuantiti berapa kontena. Setiap kontena ialah lebih kurang 15 tan kertas. Jika harga berubah, nilainya dalam RM ialah beberapa ribu ringgit. Oleh itu, pembeli kertas akan berhati-hati dengan sebarang perubahan harga dan pergerakan matawang. Salah satu paper mill utama yang membekal kepada beliau ialah Sabah Forest Industry, Sabah. SFI membekalkan beratus-ratus kontena kertas simili woodfree kepada beberapa pembekal di semenanjung, dan pembekal ini akan membekalkan kertas tadi kepada pencetak, penerbit, pembuat stationary, dan pengguna lain yang menggunakan kertas gred ini. Selain SFI, 2 lagi punca utama untuk kertas simili bagi Malaysia ialah beberapa paper mill di Indonesia

Boleh Mati Penerbit Buku Kena Cetak Rompak Begini

Baru-baru ini saya dapat laporan dari teman penerbit tentang sebuah laman yang menjual buku cetak rompak secara e-book (http://novelmelayu.blogdrive.com). Kali ini, buku terbitan kami sendiri yang kena cetak rompak, dan beberapa buku dari teman-teman penerbit lain. Maka kami semua berunding sesama sendiri bagaimana harus di tangani masalah ini. Itu semalam, hari ini semakin ramai penerbit yang tahu - makin kecoh. Ada seorang teman yang telefon saya pagi ini. "Macam mana dia boleh pirate kita punya buku. Saya selalu survey market, kalau kena pirate saya mesti nampak", kata beliau dan saya percaya cakapnya. Beliau memang aktif dalam pasaran novel. Saya jawab "Ini bukan print punya, ini jual soft-copy !". Soalan beliau membuka mata saya tentang perbezaan digital yang kita ada hari ini. Orang lama (penerbit buku) fikir ini mesti hal cetak rompak biasa, dan sama sekali tidak sangka adacara baru - digital. Malah, saya fikir banyak pihak belum terfikir apa implikasi cet

Gosip Semasa Tentang Buku Teks Sekolah.

Sebentar lagi musim tender buku teks baru akan keluar. Jadi ada macam-macam cerita dan gosip yang kita dengar sekarang. Antara yang selalu timbul; 1. Buku Teks Sekolah dalam bentuk Ebook. Ada satu syarikat yang mencadangkan supaya semua buku teks dijadikan ebook. Dan syarikat ini yang akan jadi pembekalnya kepada KPM. Spekulasi saya, promoter projek ini berminat untuk membekalkan ebook reader (mungkin jenis PDA, atau laptop seperti OLPC, atau jenis Kindle). Soalnya, bagaimana hendak diisi gajet tadi dengan pengisiannya (content). Hakcipta buku teks di Malaysia ini dipegang oleh pengarang, dan penerbit buku teks sedia ada. Saya tidak fikir promoter ini mahu tulis beratus-ratus tajuk buku teks-nya sendiri untuk dimasukkan dalam gajet ini nanti. 2. Buku Aktiviti Percuma Untuk Pelajar Sekolah. Gosipnya mengatakan satu syarikat akan dapat hak untuk membekalkan buku aktiviti percuma kepada semua pelajar sekolah (seperti metod skim pinjaman buku teks sekarang). Saya ulangi - satu syarikat sah

Buku Agama dalam Mall : Masih Belum 'Pancit'.

Dalam satu tahun ini, pasaran buku agama mendapat pasaran baru - kedai buku dalam Kompleks Membeli Belah (mall). Kedai buku utama seperti MPH, Popular dan kinokuniya sudah menjual pelbagai jenis buku agama Islam. Selain itu, kemasukan pemain seperti Badan Cemerlang (Johor), Kedai Buku Sarjana Media (Kuala Lumpur), dan juga khabarnya Syarikat Muda Osman (Kelantan) ke mall juga membawa banyak buku agama Islam ke dalam pasaran baru ini. Sekarang, pembaca sudah boleh mencari pelbagai jenis buku agama di mall yang mereka selalu pergi : kalau tidak ada, minta dari kedai buku itu supaya menjual buku-buku agama Islam. Ada 2 trend yang saya perhatikan dengan kedai buku dalam mall ini; Satu, kedai buku sendiri sudah mula buat promosi Ramadhan. Lihat di MPH, dan Popular - sebentar lagi mereka akan mula mempromosikan pelbagai buku untuk bulan puasa ini (Sebentar lagi, kerana sekarang sibuk promosi merdeka). Dari buku masakan (sentiasa bestseller dengan wanita Malaysia), sehinggalah kepada buku-bu

Pak Menteri Yang Mendapat Kecerahan

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek bahawa perkhidmatan kerajaan mesti bersedia untuk menerima kritikan dari kumpulan media baru . Zaman dimana kakitangan awam membuat keputusan disebalik pintu yang tertutup rapat sudah lama berlaku. Tindakan mereka akan dinilai oleh orang sekeliling. Saya fikir mentaliti ini yang paling sukar untuk diterima oleh kakitangan awam. Ada kumpulan yang progresif dan menerima perubahan ini, tetapi masih ada poket kumpulan yang sama sekali menolak malah memusuhi kumpulan media baru ini. Kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Shabery memang benar - bahawa satu-satunya senjata menghadapi era baru ini ialah dengan memastikan bahawa kakitangan awam kekal bersih, jujur dan efisyen dalam melaksanakan tugas. Melihat kepada ucapan beliau, saya sedut tanggapan beliau yang pada pendapat saya menunjukkan perubahan paradigma yang jelas (tetapi saya tidak yakin dikongsi oleh pak-pak menteri lain dalam UMNO) Tetapi, sekurang-kurang

Cerita Buku Teks Seludup Di Koperasi Kedai Buku Universiti

Hari ini, saya bertemu dengan seorang rakan yang sudah lama terlibat dalam mengimport dan mengedar buku teks untuk kegunaan Kolej dan Universiti. Bisnes buku teks kolej dan universiti ini bisnes yang besar. Ada anggaran yang meletakkan nilainya sekitar RM300 juta setahun. Kalau kita lihat penerbit pengajian tinggi yang terkenal seperti McGraw-Hill Higher Education, mereka ada menerbitkan lebih dari 3000 tajuk dalam pelbagai bidang pengajian untuk kolej & universiti. Hampir mustahil penerbit tempatan dapat bersaing dalam bidang ini. Oleh itu, banyak buku teks dalam pelbagai bidang pengajian di universiti tempatan diimport. Menurut beliau, satu masalah yang teruk dihadapi oleh pengimport beretika ialah masalah buku teks yang diseludup keluar. Penyuludupan ini berpunca dari perbezaan harga buku teks di asia dan di US. Di US contohnya, sebuah buku teks dijual antara USD40-USD70 senaskah. Harga ini terlalu tinggi untuk pasaran asia dan menyebabkan pelajar di asia memfotostat buku-buku

AKAN DATANG : Google preview

Satu lagi feature baru dalam sistem google book search : Google preview. Kelebihan feature baru ini ialah peningkatan kepada user interface yang dialami oleh pengguna website. Ia seperti membolehkan kita meng'embed' video YouTube atau peta Google maps dalam laman web penerbit. Ini jauh lebih baik dari cara awal dimana penerbit perlu meletakkan ikon dan link dalam laman web masing-masing. Setakat ini penerbit perlu memohon kepada google untuk mendapatkan API yang boleh digunakan dalam website masing-masing. Rujuk contoh yang digunakan oleh Stanford University Press disini : http://www.sup.org/book.cgi? book_id=5502 PTS dijangka akan menggunakan sistem ini dalam tempoh 1 atau 2 minggu kehadapan. NOTA : Anda perlu menggunakan Firefox. Pengguna IE akan menghadapi sedikit masalah buat masa ini, tetapi google dengan membuat pembaikan untuk pengguna IE.

Jonathan Karp: The problem with the publishing industry

Satu artikel dalam Dallas Times yang sangat baik. Saya sendiri juga sering terperangkap menggunakan strategi klise yang beliau gariskan itu. Satu perkara yang banyak penerbit perlu mula perhatikan ialah kesimpulan beliau; Many categories of books will be subsumed by digital media. Reference publishing has already migrated online. Practical nonfiction will be next, winding up on Web sites that can easily update and disseminate visual and textual information. Readers of old-fashioned genre fiction will die off, and the next generation will have so many different entertainment options that it's hard to envision the same level of loyalty to brand-name formula fiction coming off the conveyor belt every year. The novelists who are truly novel will thrive; the rest will struggle. Seterusnya, beliau menggariskan strategi untuk survival dapat dilaksanakan oleh penerbit; publishers will be forced to invest in works of quality to maintain their niche. These books will be the one product that

Terlampau Ramai Yang Jadi 'Pakar'

Baru-baru ini ada satu posting dalam milis (mailinglist) para penerbit yang agak mengejutkan para penerbit buku. menurut posting ini, Nanyang Siang Pau melaporkan yang harga buku teks dan buku sekolah akan naik antara 10% hingga 30%. Dalam berita itu, kenyataan media itu telah dibuat oleh setiausaha kehormat, Persekutuan Persatuan Pengedar Buku dan Alatulis Malaysia. Pengumuman ini memang mengejutkan bagi para penerbit buku. Soal penetapan harga buku bukan ditentukan oleh pengedar. Pertama, harga buku teks ditentukan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), bukan oleh penerbit atau pengedar buku teks. Hanya pihak kementerian sahaja yang boleh mengubah harga buku teks. Memang penerbit ada memohon supaya harga ini dinaikkan. Harga sekarang ialah harga yang ditetapkan 10 tahun dahulu. Pelbagai kos telah naik dalam tempoh 10 tahun ini, dan kesemua kos ini ditanggung oleh penebit buku teks. Sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi lagi oleh BBT dalam soal harga buku teks. Kedua, penetapan harga bu

Borders Menubuhkan Pejabat Pembelian di Malaysia

Kedai buku Borders akan menubuhkan pejabat pembelian yang berpusat di Malaysia dalam bulan September ini. Sebelum ini, kedai buku Borders membuat pembelian dari ibu pejabat di Singapura. Di Malaysia, franchais Borders dipegang oleh Berjaya Books Sdn Berhad - salah satu anak syarikat Berjaya Corporation. Dengan menubuhkan pejabat pembelian di Kuala Lumpur, mereka dijangka akan membeli lebih banyak buku terbitan dan tulisan tempatan. Mereka juga dijangka akan membuka lebih banyak ruang kepada pembekal tempatan untuk masuk ke dalam rangkaian mereka. Ini adalah satu berita baik kepada industri buku Malaysia. Pembeli (saya merujuk kepada pegawai yang ditugaskan untuk memilih dan membeli buku dari pembekal, bukan pembeli runcit atau pembaca) yang berada dekat dengan pasarannya akan lebih faham keperluan pembaca Malaysia. Dan pastinya kita mahu lebih banyak kedai buku korporat seperti Borders untuk menyokong industri penerbitan Malaysia. Sehubungan dengan penubuhan pejabat pembelian baru itu,

CruchGear Ada Berita Tentang Kindle Baru.

Gosip dalam CrunchGear tentang Kindle baru yang akan dilancarkan oleh Amazon hujung tahun ini.

Makan Dengan Penerbit Musik.

Saya dibelanja makan di restoren Cheng Ho, Wangsa Maju oleh seorang penerbit musik yang terkenal dengan beberapa kumpulan nasyid tempatan. Suka saya jelaskan yang gambar disebelah kiri ini bukan gambar penerbit musik tersebut. Ini gambar peminat Alifstyle (cerita penuh dibawah). Berbalik kepada cerita penerbit musik tadi, beliau mahu masuk ke bisnes penerbitan buku agama. "Penerbit musik susah sekarang. Album sudah tidak laku lagi" Saya tanya, teruk benarkah jatuhnya jualan album di Malaysia ini. "10 tahun dulu CD artis wanita ini boleh jual 180 ribu unit. Sekarang ini hanya boleh jual 3 ribu unit sahaja" Dalam hati saya terfikir, kalau 3000 unit - lebih baik terbitkan buku. Kira-kiranya sekarang, penulis buku lebih hebat dari penyanyi popular dari segi jualan album. Ada harapankah kembali pulih? "Sejak mula turun dalam tahun 2003 dulu, terus menerus turun. Tidak ada harapan naik lagi" Kalau macam ini, kuranglah penghasilan album baru. Siapa pula mahu mela

Mari Cakap Soal Ekonomi Sekarang.

Debat soal kenaikan harga minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek pada 15 Julai ini akan diteruskan menurut TheStar . Pada pendapat saya ini adalah perkara yang baik untuk politik Malaysia. Ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan sebaiknya jangan diadakan debat ini dengan alasan tidak ada kebaikan untuk rakyat. Menurut laporan Utusan ini, lebih baik kita semua cakap soal liwat, atau Altantuya sahaja! Kalau saya boleh bagi satu sebab : debat Anwar-Shabery ini akan menukar pemikiran orang Melayu tentang ekonomi. Sebelum ini, politik Melayu hanya berkisar soal 'ketuanan', 'kedaulatan' - cakap retorik biasa. Politik orang Melayu tidak pernah dengan serius membincangkan isu pendidikan atau ekonomi yang sebenarnya penting kepada pembangunan bangsa. Ini berbeza dengan politik kaum Cina di Malaysia yang sangat mementingkan prestasi ekonomi dan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Rujuk saja manifesto MCA dalam pilihanraya lepas. Debat Anwar-Shabery ini berkisar pada

Harga Buku - Naik/Turun /Kekal ?

Masa ini adalah masa yang agak mendebarkan bagi penerbit. Semua kos naik - operasi dan juga bahan mentah, kertas. Tetapi, jualan buku tidaklah naik setinggi yang diharapkan. Sentimen pembeli boleh agak lemah kebelakangan ini . Ada penerbit yang mula memohon untuk menaikkan harga. Yang pertama saya dengar ialah penerbit buku teks sekolah. Harga buku teks sudah tidak dinaikkan lebih dari 10 tahun, dan khabarnya kementerian akan menyemak semula mekanisma penetapan harga buku teks. Kemudian, kumpulan penerbit buku kerja sekolah juga sedang berfikir untuk menaikkan harga. Mereka sudah hampir-hampir mengalami kerugian kerana harga kertas naik begitu banyak, tetapi harga buku kerja masih kekal pada paras lama. Saya fikir kategori ini akan melihat kepada beberapa penerbit utama seperti Sasbadi, Pelangi, Oxford fajar, Cerdik, PEP untuk menunggu signal 'naik'. Jika penerbit utama ini menaikkan harga mereka, saya fikir penerbit lain yang lebih kecil akan mengikut langkah itu. Dalam kumpul

Suratkhabar dan Majalah Mula Terkena Kesan Harga Minyak

Kalau membaca laporan penganalisa tentang syarikat media dan penerbitan akhir-akhir ini, rata-rata mereka telah mula membuat downgrade kepada kaunter media dan penerbitan. Antara faktor yang diambil kira oleh mereka ialah kenaikan harga kertas, dan perkembangan Adex yang dijangka semakin perlahan. Harga kertas naik tetapi kebanyakkan penerbit tidak boleh menaikkan harga akhbar atau majalah dengan segera. Bagi penerbit majalah dan akhbar, kos kertas ini adalah komponen utama dalam kos produksi mereka. Penerbit dijangka tidak menaikkan harga jualan kerana khuatir pembaca akan meninggalkan akhbar/majalah itu jika harganya dinaikkan. Kalau dilihat sekarang, penerbit akhbar hanya menaikkan harga edisi hujung minggu sahaja. Jualan iklan juga dijangka semakin perlahan. Satu pelanggan utama iklan ialah sektor hartanah. Dengan kelemahan sentimen pembeli sekarang, banyak pemaju telah menangguhkan projek mereka. Pemaju juga dijangka akan mengurangkan bajet untuk pengiklanan, selaras dengan sentim

Cadangan Elaun Buku dari Dato Shafie Apdal

Rujuk kepada berita dalam BH KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan itu akan dibawa ke Kabinet kerana ia bertepatan dalam usaha kerajaan meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sepenuhnya sekiranya kerajaan ingin meluluskan cadangan berkenaan. Ringkasnya, Dato Shafie Apdal mahu mencadangkan kepada kabinet supaya kerajaan memberi elaun membeli buku untuk kakitangan awam dan swasta. Sebagai orang industri buku, reaksi pertama kita adalah untuk menyokong cadangan ini. Langkah ini jika dilaksanakan akan menjana permintaan yang tinggi untuk buku. Itu pendapat masa euforia awal. Bila difikirkan secara mendalam, apakah objektif kita sebenarnya dalam hal ini? Adakah kita mahu membina minat membaca, atau menstimulasi per

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008

ABKM2008 ini akan dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Fasa penilaian dan penghakiman oleh panel hakim sudah selesai kira-kira 3 bulan yang lepas. Pemenang setiap kategori sudah diketahui (tetapi saya sendiri tidak tahu - itu rahsia yang dipegang oleh barisan hakim). Sekarang ini kami menunggu untuk majlis pengumuman dan penyampaian hadiah. Hingga hari ini kami masih menunggu. Saya khuatir adalah majlis ini juga menjadi mangsa arahan potong bajet dari Pak Lah supaya jabatan kerajaan jangan adakan majlis di hotel-hotel lagi?

Guna Internet Tuan!

Cuba kita google (atau yahoo untuk adil kepada peminat yahoo) 'Kempen membaca kebangsaan 2008' atau 'pesta buku malaysia 2008' atau perkataan yang sewaktu dengannya. Jumpa 1 atau 2 laporan akhbar, jumpa beberapa tulisan oleh blogger buku, dan hampir tiada laman web rasmi kerajaan yang menulis dan mempromosikan kempen ini. Laman web PNM sendiri tidak mempromosikan aktiviti ini dengan besar-besaran.

Musim penerbitan buku teks baru 2010

Rakan-rakan yang menerbitkan buku teks sudah mula tertunggu-tunggu, bilakah musim KPM mengganti buku teks akan bermula. Menurut berita awal yang kita dengar, 2010 adalah tahunnya. Bila KPM melalui Bahagian Buku Teks (BBT baru mendapat pengarah baru) mula memanggil tender, maka musim kesibukan baru untuk penulis dan penerbit akan bermula. Malah, biasanya mereka akan mula sibuk 18 bulan lebih awal. Penerbit akan bermula dengan mengumpulkan barisan penulis, illustrator dan editor mereka. Kemudian, BBT akan memulakan proses memanggil tender.Penerbit yang berminat terhadapa sesuatau subjek (dan yakin yang beliau ada peluang untuk menang) akan menyediakan prototaip buku. Kos menyediakan prototaip ini menurut rakan saya sekitar RM30 ribu keatas untuk satu subjek. Prototaip ini akan ditenderkan kepada BBT. Prototaip yang terpilih akan dinaiktaraf dengan kerjasama BBT. Setelah BBT berpuas hati dengan kualiti buku ini, barulah penerbit mendapat lampu hijau untuk mencetak dan membekal buku-buku

Pelancaran Karnival Membaca Kebangsaan 2008

Pelancaran oleh Tuanku Nur Zahirah Pelancaran logo Kelab Membaca Kebangsaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan karnival membaca 2008 di PWTC semalam. Pelancaran di sempurnakan oleh Raja Permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah. Laporan dalam BH mengenai pelancaran ini , KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan itu akan dibawa ke Kabinet kerana ia bertepatan dalam usaha kerajaan meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sepenuhnya sekiranya kerajaan ingin meluluskan cadangan berkenaan. “Berdasarkan kajian yang dijalankan Perpustakaan Negara, 98.8 peratus rakyat negara ini membaca hanya dua buku setahun dan hanya 6,500 judul baru diterbitkan setahun oleh lebih 200 penerbit yang aktif. Nasib baik Menteri member

Pesta Buku Malaysia 2008

Pesta buku malaysia (PBM) akan berlangsung pada hujung bulan julai ini bertempat di PWTC dari 31 julai hingga 3 ogos 2008 . PBM akan berlaga tarikh dengan Pesta Buku Selangor yang berlangsung di kompleks PKNS, Shah Alam. Pesta buku ini akan dianjurkan sempena dengan Karnival membaca 2008, dibawah payung Perpustakaan Negara Malaysia. Saya sendiri tidak dapat jumpa apa-apa maklumat lanjut tentang perkara ini dalam web.

Pembekal Barang Sekolah Berebut Menjual Uniform Pasukan Pakaian Seragam.

Setelah selesai satu mesyuarat Malaysian Book Industry Council (MBIC), saya sempat berbual-bual dengan seorang pengimport dan pengedar bahan-bahan keperluan sekolah. Syarikat beliau ini khabarnya antara pengimport dan pembekal utama di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Banyak bahan-bahan seperti alat tulis dan alat bantuan mengajar yang digunakan di sekolah sekarang, dihasilkan di China dan diimport untuk pasaran sekolah-sekolah Malaysia. Saya tanya beliau, "Apa cerita, sibuk sangat sekarang?" Menurut beliau, para pembekal sekolah sedang sibuk membekalkan uniform untuk pasukan pakaian seragam. Ada satu peruntukan dari Kementerian Pendidikan, yang memberikan elaun sebanyak RM100 untuk setiap murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, untuk membeli uniform pasukan pakaian seragam. Beritanya mengatakan sebanyak 180,000 orang murid dari darjah 4 hingga tingkatan 5 yang menerima elaun uniform ini. Ini sahaja memberikan potensi pasaran sebanyak Rm180 juta kepada pembe

Majlis Pertemuan Pengedar Dewan.

Satu majlis pertemuan antara semua pengedar DBP, yang jumlahnya dianggarkan sekitar 30 syarikat diadakan pada 18hb Jun di Dewan Bahasa. Menurut teman yang hadir, tujuan majlis ini ialah untuk membincangkan isu-isu kolektif para pengedar buku DBP, dan hubungan bisnes dengan mereka DAWAMA yang diberikan konsesi sebagai ' master dealer ' buku DBP. Menurut beliau juga, antara soalan yang ditimbulkan dalam pertemuan ini ialah keberkesanan program penswastaan DBP. Soal beliau "Setelah lebih dari 5 tahun penswastaan, apakah kesannya kepada para pengedar DBP?. Dari mata kasar, jumlah bisnes para pengedar tidaklah nampak berkembang pesat di bawah penswastaan ini". Mungkin ada baiknya DBP-DAWAMA mengeluarkan satu laporan perkembangan ( progress report ) setelah 5 tahun penswastaan ini supaya rakyat dapat tahu kejayaan atau kelemahan program ini.

UTUSAN : Bantuan pinjaman akan diberi kepada penerbit buku

18/06/2008 2:07pm KUALA LUMPUR 18 Jun – Industri buku yang kian lesu akan digiatkan kembali menerusi beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada penerbit dan pengedar buku. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu menjana kembali industri buku yang pernah mencapai zaman cemerlangnya suatu ketika dahulu serta meningkatkan jualan buku yang kian merosot. Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, agensi di bawah kementerian itu seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) akan membantu menambah peluang memasarkan buku serta menambah jumlah pembaca. “Sebahagian daripada agensi yang menyediakan pinjaman tidak memahami industri buku dengan lebih mendalam, contohnya selama ini SME Bank hanya melihat industri buku dari segi percetakan sahaja sedangkan di bawah industri buku terdapat juga penerbit dan pengedar buku,” katanya ketika merasmikan Majlis Pertemuan Pengedar Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka di sini hari ini. -

NYT: Boss EMI Yang Baru Dan Masalah Di Dalam Syarikatnya

Cerita dalam New York Times, bertajuk EMI’s New Boss Sees Cracks in Music World. 3 bulan lalu, Guy Hands menggunakan Terra Firma, syarikat private equity yang dipunyai oleh beliau membeli EMI dalam satu transaksi bernilai USD 6.4 billion. Siap pembelian, beliau sendiri mengambil alih pengurusan tertinggi EMI. Lantas, berlaku pertembungan budaya diantara Hands, bekas banker yang keras dan sangat mementingkan keuntungan, dan kakitangan EMI yang majoritinya lebih artistik. Gaya pengurusan Hands menyebabkan kejatuhan morale dikalangan kakitangan EMI. Bagi rakyat british yang mencintai musik, EMI adalah satu institusi yang ikonik dan bersejarah. Bagi Hands, ia adalah mesin wang jika dapat diuruskan dengan kemas. EMI juga menghadapai masalah pasaran musik yang perlahan. Audit dalaman menunjukkan yang EMI mencatatkan kerugian sebanyak USD 1.5 billion menerbitkan dan melancarkan album-album baru sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Yang menampung kerugian ini, ialah jualan album dari katalog

PW : Pengarang Saman Kedai Buku Kerana Menjual Bukunya.

Cerita Self-Published Author atau penerbit yang tidak dibayar oleh pengedar ini bukan cerita baru. Sudah banyak kali berlaku dimana-mana pun. Sampai sekarang penerbit masih kutip hutang tahun lepas (hutang tahun 2006 pun ada!). Tapi dalam cerita PublishersWeekly ini memang kali pertama saya dengar. Bila baca artikel ini buat kali kedua, saya terfikir yang jadi batu apinya, adalah peguam kepada pengarang ini. Aktor; Townsend - Pengarang & Self Published author Horn - peguam kepada Townsend Nazca (Dipunyai oleh Mosely) - Pengedar kepada Townsend ... Los Angeles-based Valerie F. Horn, Townsend's attorney, said that although the claim is rooted in an issue with Nazca (which is, for all intents and purposes, an individual named Herbert R. Moseley), the bookstores are legally entangled. According to Horn, Nazca, aka Moseley, copied Townsend's works without permission and then distributed the books to the booksellers. This, she said, results in "liability to all those with

Anugerah Buku ABPA 2008.

Asean Book Publisher Association akan menganjurkan anugerah tahunan untuk buku-buku yang diterbitkan secara kerjasama antara penerbit dalam negara ASEAN. Tujuannya adalah untuk menggalakkan aktiviti perlesenan intra-Asean. Keputusan bagi tahun ini diumumkan dalam website ABPA (www.abpa.asia) Dari segi penyertaannya, tidaklah begitu banyak untuk anugerah yang pertama kali dijalankan. Tetapi, saya yakin akan bertambah dari tahun ke tahun dengan lebih banyak penyertaan. ABPA Awards 2008 winners announced! Congratulations to the inaugural winners of the ABPA Awards 2008! WINNER Academic Title: Continent, Coast, Ocean (Dynamics of Regionalism in Eastern Asia) Publisher: Institute of South East Asian Studies, Singapore & Institute of the Malay World Civilization Edited by: Ooi Kee Beng & Ding Choo Ming WINNER General Title: Sweet Memories Sweet Success Publisher: Thai Company Kanok Dannasan (OMF Publishers) Author: Kate Cheah WINNER Children's Title: Haiwan Telad

100 hari, 100 kereta

Dari Berita Harian online, Selasa 17 Jun 2008. Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran. Tahniah kepada Jakim, kerana mengambil keputusan yang berdasarkan prinsip. Implikasi keputusan ini akan menyebabkan lebih banyak pertandingan seumpama ini menghadapi halangan perhubungan awam ( public relation ) pada masa hadapan. Saya tidak pasti samaada Jakim ada fungsi penguatkuasaan, tetapi Jakim boleh menggunakan agensi lain bawah KDN untuk menguatkuasakan keputusan mereka. Apa pun, keputusan Jakim ini akan menimbulkan isu PR kepada Celcom yang perlu ditangani segera untuk menjaga sentimen dan sokongan dari kumpulan pengguna muslim yang besar. ---------------------- Pertandingan Celcom ini mendapat sambutan hangat ke

Putus Cinta

Satu klip video yang secara berjenaka, menggambarkan hubungan antara pengiklan dan pelanggan. Sepasang kekasih sedang berbicara. Si perempuan sebagai pelanggan ingin memutuskan hubungannya dengan si jejaka (sebagai pengiklan). Pengiklan, dalam video ini menggunakan segala jenis trik pengiklanan yang biasa digunakan oleh beliau untuk cuba memujuk si kekasihnya.

Musim Duka - 2

Harga Petrol dan Diesel naik lagi, dan kami penerbit masuk ke musim duka yang baru. Sewaktu minum petang dengan beberapa teman industri, ada yang sudah menyediakan puisi lara yang panjang. 'Warkah buat Pak Lah', bilang beliau. Bagaimana jualan buku pada hujung minggu pertama selepas kenaikan harga minyak ini? Untuk menjawap soalan penting ini, kami membuat satu kajian yang tidak mengikut disiplin akademik yang ketat. Sekadar cukup untuk mendapatkan gambaran di atas tanah ( On the ground , kalau diterjemah secara langsung). Kajian dilakukan dengan menelefon semua teman-teman di kedai-kedai buku seluruh negara pada hari Isnin, 9 Jun 2008. Kami dapati; Kawasan Kuala Lumpur : rata-rata kedai buku melaporkan kejatuhan antara 24% hingga 50% jika dibandingkan dengan jualan normal hujung minggu mereka. Johor Baru : jatuh antara 0% hingga 5%. Teman di sana melaporkan kehadiran ramai pembeli dari Singapura dalam kedai mereka. Membantu jualan. Utara : jatuh 5%. masih baik berbanding Kuala