Langkau ke kandungan utama

Cerita Buku Teks Seludup Di Koperasi Kedai Buku Universiti

Hari ini, saya bertemu dengan seorang rakan yang sudah lama terlibat dalam mengimport dan mengedar buku teks untuk kegunaan Kolej dan Universiti.

Bisnes buku teks kolej dan universiti ini bisnes yang besar. Ada anggaran yang meletakkan nilainya sekitar RM300 juta setahun. Kalau kita lihat penerbit pengajian tinggi yang terkenal seperti McGraw-Hill Higher Education, mereka ada menerbitkan lebih dari 3000 tajuk dalam pelbagai bidang pengajian untuk kolej & universiti. Hampir mustahil penerbit tempatan dapat bersaing dalam bidang ini. Oleh itu, banyak buku teks dalam pelbagai bidang pengajian di universiti tempatan diimport.

Menurut beliau, satu masalah yang teruk dihadapi oleh pengimport beretika ialah masalah buku teks yang diseludup keluar.

Penyuludupan ini berpunca dari perbezaan harga buku teks di asia dan di US. Di US contohnya, sebuah buku teks dijual antara USD40-USD70 senaskah. Harga ini terlalu tinggi untuk pasaran asia dan menyebabkan pelajar di asia memfotostat buku-buku ini.

Untuk mengatasi masalah ini, penerbit buku teks mencetak edisi asia yang dijual sekitar harga USD10 hingga USD20. Edisi cetakan asia ini hanya boleh dijual di dalam rantau asia. Notis 'Asian Edition' ini akan dicetak dengan jelas di muka hadapan atau muka belakang buku teks ini.

Apa yang banyak berlaku sekarang ialah buku teks edisi asia ini dieksport secara gelap untuk pasaran US. Pengimport buku teks di malaysia akan membeli buku teks edisi asia dalam kuantiti yang banyak, dan kemudian mengeksport semula stok ini ke pasaran US. Pratik gelap ini memberikan keuntungan yang tinggi kepada mereka, dan menjadi rebutan para pelajar kolej di US kerana harganya jauh lebih murah.

Menurut teman saya ini, masalah ini bukan sahaja terhad kepada Malaysia, malah Indonesia dan Thailand juga turut terlibat dalam bisnes menjadi pengimport gelap ini.

'Asian problem' menurut kata beliau.

Eksport gelap ini menyebabkan jualan buku teks kolej dan universiti di US jatuh teruk.

Untuk mengatasi masalah ini, penerbit di US menjalankan audit kepada semua pengimport buku-buku teks edisi asia di rantau ini. Mereka akan minta pengimport untuk memberikan senarai kolej dan universiti yang menggunakan buku teks edisi asia ini. Teorinya, jika pengimport tadi tidak ada pelanggan di Malaysia yang cukup, pasti mereka jual stok mereka kepada saluran gelap.

Untuk memutihkan diri dari audit tadi, para pengimport gelap ini berlumba-lumba mendapatkan kontrak membekal buku kepada koperasi kedai buku kolej dan universiti di Malaysia. Koperasi universiti ini akan dijadikan tempat mereka memutihkan stok.

Sebagai contohnya, pengimport gelap akan membuat deklarasi yang universiti A menggunakan 3000 naskah buku kejuruteraan robotik - walhal universiti A tadi hanya ada 300 orang pelajar jurusan robotik. Stok dalam kes ini bukan sahaja tidak dijual sama sekali kepada pelajar universiti A, malah akan dieksport 100% secara gelap ke US.

Menurut teman saya tadi, ada juga kolej swasta kecil yang 'menjual' berpuluh ribu naskah buku teks setahun. Kalau dilawati, 'kedai buku'nya itu hanyalah sebuah ruang kecil yang layaknya dipanggil kedai majalah dan alatulis sahaja.

Untuk mendapatkan kontrak membekal ini, para pengimport gelap ini sanggup menawarkan komisyen jualan yang tinggi kepada koperasi kedai buku universiti. Tawaran mereka ini tidak boleh dilawan oleh para pengimport yang bersih. Ini menyebabkan para pengimport bersih hilang kontrak pembekalan.

Bila saya tanya, bagaimana pengurus koperasi atau pentadbir kolej boleh terlibat dalam hal ini?

'Sudah kow-tim' jawap beliau.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kesannya, penerbit-penerbit buku teks tersebut telah menarik balik harga edisi IE (International Edition) untuk pasaran Malaysia & sekitarnya. Kini harga buku tersebut kembali kepada harga yang tercetak di kulit buku. Harganya sekitar RM 150 ke atas.

Yang sakit, mereka yang kurang berkemampuan.

Ibnurabi.
Tanpa Nama berkata…
Kesannya, penerbit-penerbit buku teks tersebut telah menarik balik harga edisi IE (International Edition) untuk pasaran Malaysia & sekitarnya. Kini harga buku tersebut kembali kepada harga yang tercetak di kulit buku. Harganya sekitar RM 150 ke atas.

Yang sakit, mereka yang kurang berkemampuan.

Ibnurabi.

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada