Langkau ke kandungan utama

Harga Buku - Naik/Turun /Kekal ?

Masa ini adalah masa yang agak mendebarkan bagi penerbit. Semua kos naik - operasi dan juga bahan mentah, kertas. Tetapi, jualan buku tidaklah naik setinggi yang diharapkan. Sentimen pembeli boleh agak lemah kebelakangan ini.

Ada penerbit yang mula memohon untuk menaikkan harga. Yang pertama saya dengar ialah penerbit buku teks sekolah. Harga buku teks sudah tidak dinaikkan lebih dari 10 tahun, dan khabarnya kementerian akan menyemak semula mekanisma penetapan harga buku teks.

Kemudian, kumpulan penerbit buku kerja sekolah juga sedang berfikir untuk menaikkan harga. Mereka sudah hampir-hampir mengalami kerugian kerana harga kertas naik begitu banyak, tetapi harga buku kerja masih kekal pada paras lama. Saya fikir kategori ini akan melihat kepada beberapa penerbit utama seperti Sasbadi, Pelangi, Oxford fajar, Cerdik, PEP untuk menunggu signal 'naik'. Jika penerbit utama ini menaikkan harga mereka, saya fikir penerbit lain yang lebih kecil akan mengikut langkah itu.

Dalam kumpulan penerbit buku umum, belum lagi kuat saranan untuk menaikkan harga ini. Sudah ada cakap-cakap dikalangan beberapa orang. Ada yang mencadangkan supaya persatuan penerbit membuat press release memaklumkan kepada orang ramai yang harga buku akan naik. Ini semua baru sekadar cakap-cakap, belum lagi mendapat sambutan ramai.

Secara peribadi saya sependapat dengan Presiden persatuan penerbit. Menurut beliau, kita sedaya upaya mesti cuba mengekalkan harga buku untuk menggalakan lebih ramai orang membaca. Harga buku yang mampu akan membolehkan lebih ramai orang membca, dan secara langsung akan meningkatkan volume buku.

Untuk membolehkan perkara ini berlaku tidak mudah. Mentaliti untuk pass the cost mesti cuba diubah. Semua pihak dalam supply chain buku mesti memotong margin mereka. Dari pembekal kertas, kepada pencetak, kepada penerbit, kepada pengedar, dan kedai buku. Semua orang potong sedikit, akhirnya nanti tidak ada kenaikkan kos kepada pembaca. Dengan cara ini pembaca dapat buku pada harga yang stabil.

Jika volume terus meningkat, penerbit akan boleh mengawal kos dengan lebih baik.

Di pihak penerbit sendiri ada pelbagai cara menurunkan kos buku yang boleh dicuba - dari mencari pembekal kertas yang lebih rendah, menukar saiz buku, mengurangkan spesifikasi packaging seperti emboss, flaps, spotUV dan sebagainya. Mungkin buku yang dikeluarkan pasca kos minyak ini akan nampak sedikit basic atau saiznya sedikit kecil, tetapi pada pendapat saya hargnya akan tetap kekal mampu seperti dahulu.

Kalau kita boleh buat ini semua, akhirnya kita juga yang akan mendapat manafaatnya. Pembaca buku akan berpuas hati, dan kita akan kekal mendapat bisnes mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...