Langkau ke kandungan utama

Suratkhabar dan Majalah Mula Terkena Kesan Harga Minyak

Kalau membaca laporan penganalisa tentang syarikat media dan penerbitan akhir-akhir ini, rata-rata mereka telah mula membuat downgrade kepada kaunter media dan penerbitan.

Antara faktor yang diambil kira oleh mereka ialah kenaikan harga kertas, dan perkembangan Adex yang dijangka semakin perlahan.

Harga kertas naik tetapi kebanyakkan penerbit tidak boleh menaikkan harga akhbar atau majalah dengan segera. Bagi penerbit majalah dan akhbar, kos kertas ini adalah komponen utama dalam kos produksi mereka. Penerbit dijangka tidak menaikkan harga jualan kerana khuatir pembaca akan meninggalkan akhbar/majalah itu jika harganya dinaikkan. Kalau dilihat sekarang, penerbit akhbar hanya menaikkan harga edisi hujung minggu sahaja.

Jualan iklan juga dijangka semakin perlahan. Satu pelanggan utama iklan ialah sektor hartanah. Dengan kelemahan sentimen pembeli sekarang, banyak pemaju telah menangguhkan projek mereka. Pemaju juga dijangka akan mengurangkan bajet untuk pengiklanan, selaras dengan sentimen pembeli yang lemah sekarang. Sektor hartanah adalah pembeli kedua terbesar, selepas syarikat telekomunikasi, dalam membeli iklan di akhbar dan majalah tempatan. Sebarang potongan bajet pengikalanan dalam kumpulan besar ini akan menyebabkan jualan iklan penerbit terjejas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.