Langkau ke kandungan utama

Terlampau Ramai Yang Jadi 'Pakar'

Baru-baru ini ada satu posting dalam milis (mailinglist) para penerbit yang agak mengejutkan para penerbit buku. menurut posting ini, Nanyang Siang Pau melaporkan yang harga buku teks dan buku sekolah akan naik antara 10% hingga 30%. Dalam berita itu, kenyataan media itu telah dibuat oleh setiausaha kehormat, Persekutuan Persatuan Pengedar Buku dan Alatulis Malaysia.

Pengumuman ini memang mengejutkan bagi para penerbit buku. Soal penetapan harga buku bukan ditentukan oleh pengedar.

Pertama, harga buku teks ditentukan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), bukan oleh penerbit atau pengedar buku teks. Hanya pihak kementerian sahaja yang boleh mengubah harga buku teks. Memang penerbit ada memohon supaya harga ini dinaikkan. Harga sekarang ialah harga yang ditetapkan 10 tahun dahulu. Pelbagai kos telah naik dalam tempoh 10 tahun ini, dan kesemua kos ini ditanggung oleh penebit buku teks. Sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi lagi oleh BBT dalam soal harga buku teks.

Kedua, penetapan harga buku kerja atau buku latihan adalah hak penerbit. Ada penerbit yang mahu naikkan, ada yang mahu kekalkan dan ada yang mahu turunkan. Ini bukannya ditentukan oleh para pengedar buku. Terpulang kepada strategi masing-masing penerbit untuk menetapkan harga buku mereka. Malah, saya percaya pada masa ini ada penerbit yang merancang untuk meningkatkan market share mereka dengan strategi harga rendah atau harga murah.

Pada pendapat saya, yang paling penting sekarang ialah menstabilkan sentimen konsumer. Sebarang pengumuman kenaikan harga perlu dipertimbangkan semasak-masaknya sementara sentimen pengguna masih lemah pada masa sekarang.

Pengumuman seumpama ini boleh menyebabkan konsumer terasa bahawa perbelanjaan untuk buku akan menjadi beban yang bertambah. Pada zaman inflasi bahan makanan dan minyak ini, sebarang bebanan tambahan yang tidak vital akan dipotong dari senarai belian mereka. Ini bertentangan dengan objektif besar kita - untuk menggalakkan konsumer membeli buku dengan rutin.

Soal harga alatulis hendak naik itu kena tanya orang stationery. Rujuk kepada pakarnya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Stationary kebanyakannya datang dari China. Margin masih lagi tinggi. Ada yang lebih 100% margin profit. Tak sepatutnya naik harga keterlaluan.

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...