Langkau ke kandungan utama

Musim penerbitan buku teks baru 2010

Rakan-rakan yang menerbitkan buku teks sudah mula tertunggu-tunggu, bilakah musim KPM mengganti buku teks akan bermula.

Menurut berita awal yang kita dengar, 2010 adalah tahunnya. Bila KPM melalui Bahagian Buku Teks (BBT baru mendapat pengarah baru) mula memanggil tender, maka musim kesibukan baru untuk penulis dan penerbit akan bermula. Malah, biasanya mereka akan mula sibuk 18 bulan lebih awal.

Penerbit akan bermula dengan mengumpulkan barisan penulis, illustrator dan editor mereka. Kemudian, BBT akan memulakan proses memanggil tender.Penerbit yang berminat terhadapa sesuatau subjek (dan yakin yang beliau ada peluang untuk menang) akan menyediakan prototaip buku. Kos menyediakan prototaip ini menurut rakan saya sekitar RM30 ribu keatas untuk satu subjek.

Prototaip ini akan ditenderkan kepada BBT. Prototaip yang terpilih akan dinaiktaraf dengan kerjasama BBT. Setelah BBT berpuas hati dengan kualiti buku ini, barulah penerbit mendapat lampu hijau untuk mencetak dan membekal buku-buku ini ke sekolah-sekolah.

Baru-baru ini dalam pertemuan dengan Persatuan Penerbit, ada timbul isu bahawa buku teks kita tidak menunjukkan peningkatan yang ketara. Malah, boleh dikatakan yang ada bahan-bahan lama di kitar semula dalam buku teks baru, dengan sedikit touching-up sahaja. Buku teks kita tidak mencapai tahap seperti buku teks yang dihasilkan di negara maju.

Pada pendapat saya sebagai orang luar (saya tidak terlibat dalam penerbitan buku teks), ada beberapa faktor yang pengarah baru perlu pertimbangkan;

Satu, standard yang diminta oleh BBT sendiri. BBT sendiri perlu meletakkan satu standard baru sebagai benchmark untuk buku teks Malaysia. Mentaliti dalam BBT perlu menjadi agensi penyelia yang kehadapan, dan tidak terlalu konservatif. Jika orang dalam BBT sendiri bersifat konservatif, takut kepada inovasi baru - maka standard buku teks Malaysia akan kekal di tempat sekarang. BBT mesti mencabar penerbit untuk meningkatkan kualiti buku kepada benchmark baru.

Dua, ekonomi. Kalau harga yang diminta oleh kerajaan terlalu rendah, pasti penerbit akan under invest dalam pembangunan buku teks mereka. Untuk membangunkan pasukan editorial yang bagus, perlu ada pelbagai kepakaran dari segi subjek, bahasa, ilustrasi, rekabentuk, foto dan sebagainya. Semua kepakaran ini perlu dibayar dengan gaji yang kompetatif. Kalau tidak, kumpulan pakar ini akan cari kerja di tempat lain seperti di agensi pengiklanan, atau membuat kerja freelance dari luar negara.

Pada masa ini, kakitangan editorial penerbit terpaksa membuat kerja secara multitasking untuk menjaga aspek ekonomi penerbitan buku. Yang paling perlu sekarang, ialah supaya disemak semula harga buku teks dan dinaikkan sejajar dengan perkembangan sekarang (paling tenat, kos kertas dalam pasaran dunia sudah naik). Pelaburan dalam pendidikan pasti akan mendatangkan keuntungan kepada negara.

Tiga, kompetisi yang sihat. Banyak kita dengar pelbagai proses lobi berlaku didalam. Ini normal untuk mana-mana tender kerajaan. Harapan saya, BBT dapat terus kekal dengan ketelusan mereka dalam menilai dan memilih buku. Jangan sampai anak-anak kita mendapat buku sub-standard, kerana ada kroni yang tidak layak diberikan kontrak. Ini akan jadi dosa kepada semua anak Malaysia.

Setakat ini, saya dengar banyak Pengarah telah berjaya mempertahankan ketelusan BBT. Besar harapan kami, pengarah baru akan meneruskan tradisi ini.

Selain isu diatas, penerbit sedang tertunggu-tunggu apa keputusan KPM dalam isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Angin kuat mengatakan akan dimasuhkan dan kembali kepada sistem lama. Tapi menteri masih senyap dalam hal ini.

Apa cerita Datuk menteri?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saudara Arief,
Bukan BBT yang perlu buka minda dari bersikap konservatif, tetapi penilai yang dilantik BBT sendiri. Saya fikir pegawai BBT memang mempunyai citarasa tinggi tetapi penilai yang mencantas idea-idea baru dan mengekalkan bentuk buku teks mengikut acuan yang mereka pernah lihat.
rosnah yunus berkata…
bagaimana nak masuk tender tu? apa prosedur?

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.