03 Julai, 2008

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008

ABKM2008 ini akan dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Fasa penilaian dan penghakiman oleh panel hakim sudah selesai kira-kira 3 bulan yang lepas. Pemenang setiap kategori sudah diketahui (tetapi saya sendiri tidak tahu - itu rahsia yang dipegang oleh barisan hakim).

Sekarang ini kami menunggu untuk majlis pengumuman dan penyampaian hadiah. Hingga hari ini kami masih menunggu.

Saya khuatir adalah majlis ini juga menjadi mangsa arahan potong bajet dari Pak Lah supaya jabatan kerajaan jangan adakan majlis di hotel-hotel lagi?

Tiada ulasan: