Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Musim Kemarau

Tahun ini seperti musim kemarau bagi pembelian kerajaan. Kita sudah dekat ke hujung tahun, tetapi nampaknya tidak ada lagi pembelian buku oleh agensi kerajaan. Ramai teman-teman yang kata, kerajaan sudah tidak ada duit untuk beli buku. Ada beberapa kontrak pembelian yang besar; Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - PNM mempunyai lebih dari 1000 perpustakaan desa seluruh negara. Biasanya PNM akan membli pelbagai jenis buku tempatan yang sesuai untuk bacaan masyarakat desa setiap tahun. Jumlahnya agak besar, sekitar 1000 naskah setiap tajuk. Tahun ini nampaknya belum ada angin-anginnya sama sekali. KEMAS - KEMAS membeli buku untuk guru tadika-tadikanya, dan juga pusat latihan guru tadika. Jika buku yang dibeli untuk rujukan semua guru tadika, jumlahnya memang besar. Sekitar 8000 naskah. Bahagian Buku Teks (BBT) - paling terkenal adalah pembelian buku teks KBSR dan KBSM. Ini salah satu punca perniagaan utama banyak penerbit buku berasaskan silibus. Spekulasi mengatakan bahawa musim buku