Langkau ke kandungan utama

100 hari, 100 kereta

Dari Berita Harian online, Selasa 17 Jun 2008.

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak

KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Tahniah kepada Jakim, kerana mengambil keputusan yang berdasarkan prinsip. Implikasi keputusan ini akan menyebabkan lebih banyak pertandingan seumpama ini menghadapi halangan perhubungan awam (public relation) pada masa hadapan. Saya tidak pasti samaada Jakim ada fungsi penguatkuasaan, tetapi Jakim boleh menggunakan agensi lain bawah KDN untuk menguatkuasakan keputusan mereka.

Apa pun, keputusan Jakim ini akan menimbulkan isu PR kepada Celcom yang perlu ditangani segera untuk menjaga sentimen dan sokongan dari kumpulan pengguna muslim yang besar.

----------------------
Pertandingan Celcom ini mendapat sambutan hangat kerana menawarkan 100 buah Toyota Camry untuk dimenangi. Harga setiap sms ialah RM5.

Menurut laporan dalam theedge mengenai hasil 1Q2008 untuk kumpulan TM, Celcom kini mempunyai 6.2juta pengguna prepaid. Pengguna postpaid biasanya jauh lebih rendah, dan tidak dinyatakan dalam laporan ini.

Saya terfikir, adakah peraduan ini satu belanja pemasaran (marketing expenses) atau penjana pendapatan (revenue generator) untuk Celcom?

Dengan anggaran 1% dari pengguna prepaid Celcom mencuba nasib mereka setiap hari, ini akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM310,000 untuk Celcom (RM5 x 62,000 pengguna). Oleh kerana sehari hadiahnya sebuah kereta (Camry = lebih kurang RM150,000), ada margin 50%.

Kalau 10% yang mencuba nasib, ini memberi pendapatan sebanyak RM3.1juta sehari kepada penganjur. Tolak kos lain seperti pengurusan, pengiklanan, dan kos melesen sistem ini dari promoternya - masih untung!

Ulasan

alifstyle berkata…
Sabtu lepas saya dengar radio 24, pertandingan ini ada unsur yang meragukan. Ada kemungkinan contest ini akan ditamatkan.

Tetapi, taktik ini memang menarik. Macam selalu digunakan Shell

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...