Langkau ke kandungan utama

NYT: Boss EMI Yang Baru Dan Masalah Di Dalam Syarikatnya

Cerita dalam New York Times, bertajuk EMI’s New Boss Sees Cracks in Music World.

3 bulan lalu, Guy Hands menggunakan Terra Firma, syarikat private equity yang dipunyai oleh beliau membeli EMI dalam satu transaksi bernilai USD 6.4 billion.

Siap pembelian, beliau sendiri mengambil alih pengurusan tertinggi EMI. Lantas, berlaku pertembungan budaya diantara Hands, bekas banker yang keras dan sangat mementingkan keuntungan, dan kakitangan EMI yang majoritinya lebih artistik. Gaya pengurusan Hands menyebabkan kejatuhan morale dikalangan kakitangan EMI. Bagi rakyat british yang mencintai musik, EMI adalah satu institusi yang ikonik dan bersejarah. Bagi Hands, ia adalah mesin wang jika dapat diuruskan dengan kemas.

EMI juga menghadapai masalah pasaran musik yang perlahan. Audit dalaman menunjukkan yang EMI mencatatkan kerugian sebanyak USD 1.5 billion menerbitkan dan melancarkan album-album baru sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Yang menampung kerugian ini, ialah jualan album dari katalog sedia ada. Kelemahan dalam album baru menyebabkan market share EMI di Amerika jatuh dari 10.7% kepada 8.8% tahun ini.

Masalah paling besar yang Banks hadapi ialah pinjaman sebanyak USD 5 billion yang diambil oleh beliau dari Citibank untuk membiayai pembelian ini. Citibank dipercayai akan memaksa Banks menjual EMI kepada Warners jika Hands gagal membuat turnaround dalam EMI dalam tempoh yang dijanjikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...