Satu majlis pertemuan antara semua pengedar DBP, yang jumlahnya dianggarkan sekitar 30 syarikat diadakan pada 18hb Jun di Dewan Bahasa.
Menurut teman yang hadir, tujuan majlis ini ialah untuk membincangkan isu-isu kolektif para pengedar buku DBP, dan hubungan bisnes dengan mereka DAWAMA yang diberikan konsesi sebagai 'master dealer' buku DBP.
Menurut beliau juga, antara soalan yang ditimbulkan dalam pertemuan ini ialah keberkesanan program penswastaan DBP. Soal beliau "Setelah lebih dari 5 tahun penswastaan, apakah kesannya kepada para pengedar DBP?. Dari mata kasar, jumlah bisnes para pengedar tidaklah nampak berkembang pesat di bawah penswastaan ini".
Mungkin ada baiknya DBP-DAWAMA mengeluarkan satu laporan perkembangan (progress report) setelah 5 tahun penswastaan ini supaya rakyat dapat tahu kejayaan atau kelemahan program ini.

Ulasan