Dalam industri ini, cerita pengunjung curi buku dalam kedai memang cerita biasa. Pencuri ini datang dalam berbagai samaran - ada yang macam pemandu teksi, ada yang bertudung, ada juga yang berstatus selebriti, ada yang pakai seluar baggy dan sebagainya.
Baru-baru ini ada cerita dari utara.
Sebuah kedai buku telah hilang beberapa ratus naskah buku dari dalam setornya. Lanjutan itu, satu siasatan dalaman telah dibuat untuk mencari sisapakah yang mencuri buku-buku tadi.
Pengurusan kedai mengesyaki ini adalah kerja dalaman. Dalam kes kecurian biasa, buku telah dibawa keluar dari setor, dan diletakkan di rak pameran. Buku yang hilang dari rak pameran biasanya kerana dicuri oleh pengunjung kedai. Pengurusan yakin hanya orang dalam sahaja yang boleh mencuri dari setor simpanan buku.
Secara tidak sengaja, seorang pekerja kedai ini telah menjumpai satu laman web yang dipunyai oleh teman sekerjanya. Dalam laman web tersebut, temannya ini menjual buku secara online, meletakkan gambar dirinya, dan memberikan nombor telefonnya untuk memudahkan pelanggan menghubunginya.
Bila rumah pekerja itu diserbu, memang sah! Ada beratus-ratus naskah buku yang dicuri dari setor kedai buku dalam rumahnya.
Ulasan
- Ashadi Zain