Langkau ke kandungan utama

lingkaran hitam untuk ekosistem kandungan tempatan.

Diskusi saya ini merujuk kepada aktiviti pengiklanan dalam internet.

Lumrahnya, syarikat saya ini syarikat kecil, yang hanya memfokuskan buku-bukunya kepada pembaca tempatan (tambah sikit orang Brunei dan orang Singapura). Oleh itu, sifatnya sangat lokal. Akhir-akhir ini kita mengambil keputusan untuk meningkatkan bajet pengiklanan dalam internet yang mensasarkan kepada pembaca buku tempatan.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan jaringan pengiklanan (advertising network) Google Adword. 

Premisnya mudah- kami mahu mengiklan kepada pembaca internet dalam bahasa Melayu, yang geografinya terhad kepada Malaysia. Rupanya susah sekali, dan keputusannya tidak optimum.

Sebabnya, google Adword tidak menyokong bahasa Melayu. Mereka tidak menerima pendaftaran dari laman web bahasa Melayu yang popular untuk meletakkan iklan Adsense. Oleh itu, jika ada pengiklan yang mahu mensasarkan ke pembaca laman web Melayu - jadi susah sekali. Iklan kita tadi akan disiarkan di laman berbahasa Inggeris, dan mungkin sekali tidak tepat kepada jenis pembaca yang kita sasarkan.

Bila saya hubungi teman di dalam Google, beliau bilang buat masa ini memang Adword belum menyokong bahasa Melayu. 

Pendapat beliau, ini "Chicken and egg problem". 

Oleh kerana tidak banyak pengiklan dalam bahasa Melayu, maka Google tidak dapat justifikasi untuk menyokong laman web bahasa Melayu dalam rangkaian pengiklanannya. 

Tetapi, jika tidak ada laman web dalam bahasa Melayu yang bagus dan popular, mana mungkin ada orang yang minat untuk mengiklan. Laman web mesti dapat pageview yang tinggi untuk dijustifikasi sebagai popular. Lihat dalam ranking 100 laman web popular setiap negara dalam Alexa.com - tidak banyak laman web bahasa Melayu yang ada di Malaysia.

Untuk menerbit laman popular perlu komitmen kakitangan sepenuh masa, dan dijalankan seperti sebuah perniagaan penerbitan yang komersil. Tetapi, jika tidak ada potensi untuk pendapatan pengiklanan yang baik, maka penerbit tidak akan menginvestasi dalam menerbitkan laman web bahasa Melayu popular tadi.

Keadaan ini memang satu lingkaran hitam yang sukar untuk ekosistem kandungan tempatan.




Ulasan

Laman web paling popular di Malaysia rasanya hanya berlingkar tentang isu-isu politik...tgk sajalah Malayskini, Harakahdaily, Che Det, Kadir Jasin dsbg..
Assalam alaikum wbt

Saya dikategori sebagai newbie atau orang baru dalam pemasaran produk di internet.

Namun ada beberapa cara yang dapat saya cadangkan untuk PTS bergerak secara online dengan mengikut model yang sedia ada.

1. Menggunapakai model tim Majalah IM yang menyediakan e-majalah kepada pengguna setiap bulan. Hanya boleh dimuat turun di pts.com.my

Majalah dalam versi PDF ini dapat dibantu oleh para penulis yang mahu menyumbang artikel dan disertakan ulasan buku.

Paling penting dalam majalah PDF ini ialah adanya link yang dapat diklik. Kebiasaannya, majalah ini akan disebar ke dalam emel dan blog-blog.

Pendekatan ini dilihat oleh Seth Godin sebagai permission marketing. Ekonomi percuma.

Klik http://www.wired.com/techbiz/it/magazine/16-03/ff_free?currentPage=all

Ia boleh bermula dengan empat halaman e-majalah PTS yang boleh dimuat turun secara percuma setiap bulan atau dua kali sebulan.

Semakin ramai memuat turun majalah percuma ini, kita menjangkakan semakin banyak menyedari penerbitan PTS melalui perkongsian pemuat turun.

Model ini dapat dilihat di sini http://www.majalahim.com/

Beberapa penulis PTS juga sudah menjadi penulis di majalahIM.

2. Mewujudkan sistem e-mail subscriber dalam PTS.com.my.

Kumpulan ini adalah cara membina database pembaca-pembaca sedia ada dan bakal pembaca.

Ini juga dapat dijadikan PTS sebagai kumpulan kaji selidik bagi penghasilan produk berdasarkan segmen berbeza.

Data ini dapat digunakan oleh penulis dan penerbit berhubungan secara terus dengan pembaca bagi membina kesetiaan pada jenama.

Dari masa ke semasa, penulis dengan kumpulan emel mengikut kategorinya dapat menjalankan promosi bukunya sendiri kepada kumpulan sasaran.

3. Affiliate sistem di Book Cafe perlu diwujudkan semula bagi menggalakkan kewujudan penjual-penjual kecil di internet.

Kumpulan dalam WangCyber.com terdiri daripada Internet Marketer dapat dijemput menyertai affiliate dan menggalakkan mereka membuat jualan dalam blog atau mencipta web mereka.

4. Pengiklan agresif di internet tidak dapat lari daripada pengiklanan berbayar.

Menurut Tuan Sabri Saifulsham (penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet), pengiklanan berbayar di Harakahdaily misalnya banyak membawa kepada jumlah yang tinggi ke dalam laman bisnes woksyop beliau.

Bagi pengiklanan di Utusan Online mungkin dapat diajukan keberkesanan ini kepada Tuan Osman Affan (Penulis Motivasi Belajar PTS Millenia).

Pengiklanan di Harakah Online yang berkesan adalah di heading utama.

5. Penggunaan promosi logo pada mana-mana blog. Logo bertindak sebagai blog button yang menunjukkan mereka adalah pembaca buku PTS. Contohnya di pautan ini

http://allmalaysia.info/ambp/blogbuttons.asp

6. Kerja pemasaran ini bukan sahaja pada bahu penerbit malah pada penulis yang ingin menjadikan karya mereka menjajah dunia internet.

Mungkin peranan Tuan Sabri Saifulsham dan beberapa Internet Marketer lain memberi panduan asas pemasaran online (mini site, social network, SEO dan lain-lain) dapat didedahkan kepada para penulis dalam program sehari mirip kepada bengkel penulisan yang diadakan kini.

Selain beliau, orang rujukan saya dalam internet marketer ialah http://ro.botys.com/ beliau mempunyai kemahiran dalam SEO (Search Engine Optimization)

Saya akan mencari-cari lagi idea lain.

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
Tanpa Nama berkata…
Ya, menarik sekali idea-idea yang dikemukakan sdr. Zamri

- Ashadi Zain
Arief Hakim berkata…
Terima kasih Sdr Zamri. Banyak maklumatnya dalam komen itu.

Catatan popular daripada blog ini

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan.
------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmOleh W. Rahimah DramanHasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaa…

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik.

Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good') dan 90an (era 'internet bubble'). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar.

Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai.

Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini.

Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai.

Rare book itu subjek lain.

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan.

Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis;
Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), danSelf publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.

A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte.

Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup).

Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books. Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android. 

Dalam Google Play, pilih Books.

 Kemudian pilih Books in Malay.
Ada beribu-ribu tajuk buku tempatan kini dijual di dalam Google Play Books.

Kedai Play Books menawarka…