26 Oktober, 2008

Tukar Kerajaan, Tukar Cara Beli Buku

Seorang teman yang bisnesnya sebagai kontraktor buku kerajaan baru balik dari utara. Beliau dan 16 kontraktor buku lain mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat di perbadanan perpustakaan negeri. Dari 16 itu, hanya 12 syarikat yang hadir.


"Bagus kerajaan baru ni" ujar beliau.

Menurut beliau semua yang yang mesyuarat diminta supaya memberikan sokongan dan menyertai pesta buku negeri yang akan dianjurkan dalam tempoh terdekat ini. Mereka tidak mendapat bayaran, tetapi sebaliknya diberikan peluang untuk membekalkan buku-buku terbaru kepada perpustakaan negeri itu. Semua yang datang dapat pesanan - semua dapat sama rata.

Rugilah kepada kontraktor yang tidak hadir itu.

Yang paling mereka seronok sekali, sebelum ini mereka tidak rasa langsung dapat pesanan dari perpustakaan itu. Semuanya dibolot oleh satu kedai buku yang terkenal di negeri itu. Boleh dikatakan, orang industri tahulah siapa yang control.

Bawah kerajaan baru ini barulah mereka semua merasa dapat pesanan. Ramai yang merasa syukur dengan cara pembelian baru yang lebih transparen ini. Memang kerjanya lebih (kena buat pameran buku), tapi dapatlah sama-sama cari makan.

Tahniah kepada pegawai-pegawai di perpustakaan itu yang berjaya mengubah proses perolehan bahan mereka.

4 ulasan:

myBOOKScity berkata...

Bagusla kalau cerita ni betul. Ni yang dikatakan 'a fair government', tak adelah bagi makan kat kuncu-kuncu je.

Rasa-rasa ada ke kerajaan baru yang lain akan buat benda yang sama. Bagaimana cara nak jadi supplier perpustakaan negeri ni?

www.mybookscity.com

LensaPR berkata...

Hidup Umno, ooop silap PR le

Arief Hakim berkata...

Tak perlu bercakap soal mana-mana parti politik. Yang penting pada pendapat saya ialah kepimpinan dalam setiap perpustakaan itu.

Kepimpinan perpustakaan adalah orang-orang perkhidmatan awam, yang mempunyai prinsip, prosedur sendiri. Jika jujur, maka soal pembelian akan jadi transparen.

Kalau ambil rasuah, pasti akan nampak dalam proses pembelian yang hanya menumpu kepada rakan-rakannya sendiri sahaja.

Bahkan, simptomnya boleh dilihat dalam kualiti buku-buku yang dibeli. Hanya buku cap ayam sahaja yang boleh memberikan sogokan besar kepada pegawai pembelian yang korup.

azman berkata...

Saya bekerja dgn pembekal buku spanjg sy bkerja susah nk cari yg transparent,saya stuju ngan en. mmg dh jd budaya org kita