Diskusi saya ini merujuk kepada aktiviti pengiklanan dalam internet.
Lumrahnya, syarikat saya ini syarikat kecil, yang hanya memfokuskan buku-bukunya kepada pembaca tempatan (tambah sikit orang Brunei dan orang Singapura). Oleh itu, sifatnya sangat lokal. Akhir-akhir ini kita mengambil keputusan untuk meningkatkan bajet pengiklanan dalam internet yang mensasarkan kepada pembaca buku tempatan.
Kami mengambil keputusan untuk menggunakan jaringan pengiklanan (advertising network) Google Adword.
Premisnya mudah- kami mahu mengiklan kepada pembaca internet dalam bahasa Melayu, yang geografinya terhad kepada Malaysia. Rupanya susah sekali, dan keputusannya tidak optimum.
Bila saya hubungi teman di dalam Google, beliau bilang buat masa ini memang Adword belum menyokong bahasa Melayu.
Pendapat beliau, ini "Chicken and egg problem".
Oleh kerana tidak banyak pengiklan dalam bahasa Melayu, maka Google tidak dapat justifikasi untuk menyokong laman web bahasa Melayu dalam rangkaian pengiklanannya.
Tetapi, jika tidak ada laman web dalam bahasa Melayu yang bagus dan popular, mana mungkin ada orang yang minat untuk mengiklan. Laman web mesti dapat pageview yang tinggi untuk dijustifikasi sebagai popular. Lihat dalam ranking 100 laman web popular setiap negara dalam Alexa.com - tidak banyak laman web bahasa Melayu yang ada di Malaysia.
Untuk menerbit laman popular perlu komitmen kakitangan sepenuh masa, dan dijalankan seperti sebuah perniagaan penerbitan yang komersil. Tetapi, jika tidak ada potensi untuk pendapatan pengiklanan yang baik, maka penerbit tidak akan menginvestasi dalam menerbitkan laman web bahasa Melayu popular tadi.
Keadaan ini memang satu lingkaran hitam yang sukar untuk ekosistem kandungan tempatan.
Ulasan
Saya dikategori sebagai newbie atau orang baru dalam pemasaran produk di internet.
Namun ada beberapa cara yang dapat saya cadangkan untuk PTS bergerak secara online dengan mengikut model yang sedia ada.
1. Menggunapakai model tim Majalah IM yang menyediakan e-majalah kepada pengguna setiap bulan. Hanya boleh dimuat turun di pts.com.my
Majalah dalam versi PDF ini dapat dibantu oleh para penulis yang mahu menyumbang artikel dan disertakan ulasan buku.
Paling penting dalam majalah PDF ini ialah adanya link yang dapat diklik. Kebiasaannya, majalah ini akan disebar ke dalam emel dan blog-blog.
Pendekatan ini dilihat oleh Seth Godin sebagai permission marketing. Ekonomi percuma.
Klik http://www.wired.com/techbiz/it/magazine/16-03/ff_free?currentPage=all
Ia boleh bermula dengan empat halaman e-majalah PTS yang boleh dimuat turun secara percuma setiap bulan atau dua kali sebulan.
Semakin ramai memuat turun majalah percuma ini, kita menjangkakan semakin banyak menyedari penerbitan PTS melalui perkongsian pemuat turun.
Model ini dapat dilihat di sini http://www.majalahim.com/
Beberapa penulis PTS juga sudah menjadi penulis di majalahIM.
2. Mewujudkan sistem e-mail subscriber dalam PTS.com.my.
Kumpulan ini adalah cara membina database pembaca-pembaca sedia ada dan bakal pembaca.
Ini juga dapat dijadikan PTS sebagai kumpulan kaji selidik bagi penghasilan produk berdasarkan segmen berbeza.
Data ini dapat digunakan oleh penulis dan penerbit berhubungan secara terus dengan pembaca bagi membina kesetiaan pada jenama.
Dari masa ke semasa, penulis dengan kumpulan emel mengikut kategorinya dapat menjalankan promosi bukunya sendiri kepada kumpulan sasaran.
3. Affiliate sistem di Book Cafe perlu diwujudkan semula bagi menggalakkan kewujudan penjual-penjual kecil di internet.
Kumpulan dalam WangCyber.com terdiri daripada Internet Marketer dapat dijemput menyertai affiliate dan menggalakkan mereka membuat jualan dalam blog atau mencipta web mereka.
4. Pengiklan agresif di internet tidak dapat lari daripada pengiklanan berbayar.
Menurut Tuan Sabri Saifulsham (penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet), pengiklanan berbayar di Harakahdaily misalnya banyak membawa kepada jumlah yang tinggi ke dalam laman bisnes woksyop beliau.
Bagi pengiklanan di Utusan Online mungkin dapat diajukan keberkesanan ini kepada Tuan Osman Affan (Penulis Motivasi Belajar PTS Millenia).
Pengiklanan di Harakah Online yang berkesan adalah di heading utama.
5. Penggunaan promosi logo pada mana-mana blog. Logo bertindak sebagai blog button yang menunjukkan mereka adalah pembaca buku PTS. Contohnya di pautan ini
http://allmalaysia.info/ambp/blogbuttons.asp
6. Kerja pemasaran ini bukan sahaja pada bahu penerbit malah pada penulis yang ingin menjadikan karya mereka menjajah dunia internet.
Mungkin peranan Tuan Sabri Saifulsham dan beberapa Internet Marketer lain memberi panduan asas pemasaran online (mini site, social network, SEO dan lain-lain) dapat didedahkan kepada para penulis dalam program sehari mirip kepada bengkel penulisan yang diadakan kini.
Selain beliau, orang rujukan saya dalam internet marketer ialah http://ro.botys.com/ beliau mempunyai kemahiran dalam SEO (Search Engine Optimization)
Saya akan mencari-cari lagi idea lain.
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
- Ashadi Zain