Langkau ke kandungan utama

Globalisasi, dan lambakan buku di Malaysia (Bhgn 1).

Globalisasi dan pergerakan buku dalam pasaran dunia akan mula menunjukkan taringnya sedikit masa lain. Saya melihat Malaysia sebagai satu negara yang berada di persimpangan - mahu menjadi negara proteksionis atau mahu menjadi negara yang merebut peluang ini.

Penerbit bahasa cina tempatan.

Penerbit bahasa cina tempatan sudah lama terancam oleh gelombang import buku dari Taiwan, dan kini tsunami buku dari China. Penerbit bahasa cina tempatan kini hanya tinggal dalam sektor buku sekolah dan buku teks yang tidak boleh digantikan dengan import. Dalam bidang-bidang lain hampir sahaja pupus.

Kini, berita terbaru mengatakan bahawa penerbit Taiwan pula yang diancam oleh buku dari China. Tahun ini menyaksikan, gergasi dunia penerbitan barat beralih dari Taipei book fair ke Beijing book fair secara besar-besaran untuk mengejar pasaran China. Penerbit China pula melambakkan buku-bukunya yang jauh lebih murah ke pasaran Taiwan dan mengancam dominasi penerbit Taiwan dalam pasaran mereka sendiri.

International Publishers Association (IPA) mahu mempertahankan Taiwan yang mendokong prinsip demokrasi. IPA mahu China dikekang, atas dasar mahu mempertahankan prinsip hak manusia, demokrasi (dan juga bisnes pada fikiran saya). Menurut IPA, China hanya membenarkan penerbit asing menubuhkan syarikat penerbitan yang majoriti sahamnya dikawal oleh rakyat tempatan. Selain itu, pihak berkuasa China menyekat kebebasan dan hak bersuara secara bebas untuk buku-buku yang diterbitkan di negara itu. Ini dibantah oleh banyak penerbit gergasi yang mahu mendapatkan tapak untuk pasaran China. Oleh itu, isu Taiwan digunakan sebagai proksi kepada kemahuan penerbit antarabangsa untuk memasuki pasaran China dengan bebas.

Yang pasti, dengan semua politik buku bahasa cina ini, penerbit buku bahasa cina malaysia sudah banyak yang tewas, dan penerbit Taiwan sudah bergegar.

Penerbit buku bahasa Inggeris tempatan.

Dengan puluhan ribu buku dalam bahasa Inggeris yang ada di pasaran tempatan, hanya ada beberapa puluh sahaja yang ditulis dan diterbtkan oleh penerbit tempatan. Bakinya, semua import. Penerbit buku bahasa Inggeris tempatan hampir sahaja menjadi irrelevent dengan kehadiran pelbagai buku import.

Selama ini, Singapura menjadi sumber dan pusat edaran buku-buku bahasa Inggeris untuk rantau ini. Banyak pengimport, kontraktor buku, dan penjual buku tempatan berasa sangat tidak senang dengan monopoli Singapura dalam pasaran buku bahasa Inggeris. Menurut mereka, pembeli buku bahasa Inggeris terbesar sebenarnya adalah Malaysia, bukan Singapura. Kenapa harus melalui orang tengah di Singapura, dan kenapa tidak kita pergi terus kepada penerbit antarabangsa?

Kini, banyak pengusaha dalam sektor buku bahasa Inggeris bergerak ke Delhi untuk mendapatkan bekalan buku bahasa Inggeris yang baru. Buku dari India jauh lebih murah, dengan kualiti cetak yang hampir sama, dan menawarkan pelbagai pilihan tajuk untuk eksport. Pada awalnya, banyak buku Edisi India (yang sepatutnya tidak boleh dijual diluar India) diimport secara haram ke Malaysia. Pengedar buku disini mengimport berkontena buku Edisi India untuk dijual disini kerana harganya yang murah, dan menerima sambutan baik dari pembaca tempatan.

Dari kerja-kerja menjual buku secara parallel (aka black market), kini pengimport tempatan beralih kepada kerja yang sah. Kni mereka membeli buku dari book packager yang banyak tumbuh di India. Book packager menulis dan membuat design pelbagai jenis buku, yang akhirnya boleh ditempah mengikut citarasa pembeli. Pengimport Malaysia contohnya, akan memilih tajuk yang sesuai, membuat spesifikasi harga, kertas, dan juga mutu cetakan. Nama pengimport tadi akan dicetak di kulit belakang buku sebagai penerbit jika membeli dalam kuantiti pukal serendah 500 naskah. Pengimport boleh jadi penerbit secara Instant dengan kerjasama firma book packager di Delhi.

Lambakan buku bahasa Inggeris dari Delhi (yang berjenama Malaysia) ini sudah mula kelihatan di pasaran tempatan, dan saya percaya akan menjadi tsunami dalam sektor buku bahasa Inggeris sebentar lagi. Saya sudah mula lihat buku fabel kanak-kanak semurah RM1 senaskah dijual di hypermarket berhampiran. Bagus untuk pembeli, tetapi apa akan jadi kepada penerbit buku kanak-kanak tempatan?

Bersambung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...