Langkau ke kandungan utama

Terma baru Apple mencekik penerbit ebook.

Baru-baru ini Apple mengumumkan terma baru untuk App yang digunakan bagi menjual buku : App mesti menggunakan sistem bayaran dari Apple. Ini bermakna, Apple akan mengambil komisyen 30% dari semua transaksi jualan buku yang berlaku secara in-App purchase.

Pada masa ini, untuk pengguna iPhone/iPad di Malaysia, kita hanya ada kedai buku Kobo yang menjual pelbagai jenis bestseller antarabangsa. Kobo tidak menjual buku dalam Appnya. Buku dibeli dengan menggunakan browser. Dengan perubahan terma baru ini, Kobo akan dipaksa menggunakan in-App purchase dari Apple.

Ini menyebabkan penerbit buku terpukul dari segi margin. Kalau penerbit majalah atau akhbar, mereka akan hilang data pelanggan.

Ambil sahaja contoh berikut;

A. Cara lama, dengan pembelian menggunakan browser.
Harga buku : RM 10
Komisyen Kobo 50% : RM5
Penerbit dapat : RM 5
Royalti pengarang 25% : RM1.25

B. Dengan in-App purchase dari Apple.
Harga buku : RM 10
Komisyen transaksi Apple 30% : RM3.00
Baki kepada Kobo : RM 7.00
Komisyen Kobo 50% : RM 3.50
Penerbit dapat : RM3.50
Royalti pengarang 25% : RM 0.875

Pengarang dan penerbit hilang 30% pendapatannya tanpa apa-apa nilai tambah dari Apple.

Dengan terma baru ini juga, pendapatan pengarang dari senaskah jualan e-book adalah lebih rendah berbanding dengan jualan senaskah p-book (printed book). Dalam p-book, pengarang mendapat 10% atau RM1.00 bagi setiap naskah terjual.

Saya menggunakan contoh Kobo, kerana pada masa ini - Kobo ialah kedai buku ebook yang boleh digunakan oleh pembaca Malaysia.

Tidak lama lagi, mungkin seawal suku ke-4 tahun 2011, pengguna Malaysia akan dapat menggunakan Google Editions. Google Editions juga akan menghadapi masalah yang sama apabila mahu digunakan dengan iPhone/iPad.

Saya mengharapkan dalam tahun 2011 nanti, lebih banyak platform akan menjadi semakin kuat contohnya Android, RIM, dan juga Windows Mobile. Ini sekurang-kurangnya akan memebrikan lebih banyak pilihan kepada pembaca, pengarang dan penerbit untuk mendapat terma yang lebih wajar dalam menjual ebook mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...