Langkau ke kandungan utama

Tun Mahathir Di Popular Bookfest KLCC



Posted by Picasa

Tun Mahathir di KLCC semalam (Khamis, 29 Mei 2008) untuk majlis menandatangani buku beliau Selected Letters to World Leaders, yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish.

70 orang pembeli dibenarkan untuk naik ke pentas dan mendapatkan tandatangan beliau.

Selepas sesi tandatangan, beliau memberikan sedikit ucapan kepada hadirin. Selain mengucapkan terima kasih kepada Popular Bookstore, menurut beliau juga ini adalah kali pertamanya membuat sesi tandatangan bukunya seperti ini. Saya tidak terkejut dengan pengakuan ini, kerana sepanjang beliau menjadi PM, beliau tidak pernah sekalipun hadir ke pesta buku utama negara.

Semasa ucapan terima kasih itu juga, beliau tersasul dengan merujuk kepada Datuk Abdullah (Kok Lanas) yang berada di atas pentas bersamanya, sebagai 'Datuk abdullah ahmad badawi'. Selepas itu hadirin tergelak bila beliau sendiri tersengih setelah menyedari kesilapannya (yang mungkin sahaja sengaja itu).

Seterusnya, beliau ada menyatakan bahawa banyak lagi surat yang pernah beliau tulis kepada pemimpin lain masih berada di bawah perlindungan Akta Rahsia Rasmi, dan belum boleh diterbitkan. Menurut beliau ada 2 surat yang beliau pernah tulis kepada 2 orang perdana menteri Israel, yang satu hari nanti beliau harap boleh diterbitkan. 2 surat ini menurutnya pasti menarik kepada rakyat Malaysia.

Seperti dijangka, liputan media memang penuh semasa majlis ini. Harapan media untuk berita sensasi dari mulutnya sendiri mungkin tidak tercapai.

Laporan dari NST 'Its not my letter'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...