Pagi tadi ialah majlis penyampaian LO untuk penerbit-penerbit yang menerima pesanan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 100%.
Sekali lagi timbul cerita bahawa pengajaran sains dan matematik akan balik ke Bahasa Melayu semasa teh tarik beramai-ramai di kedai kopi hotel.
Komen seorang penerbit "Bagus!".
Menurut beliau "Kalau tukar, silibus akan disemak dan di naiktaraf. Kita boleh terbit buku baru"
Penerbit buku teks rupa-rupanya suka kalau perubahan ini berlaku. Selain dari prospek menerbitkan buku teks baru, mereka juga boleh menjimatkan kos editorial.
Untuk menerbit buku teks sains dalam bahasa Inggeris contohnya, mereka terpaksa menggaji beberapa orang konsultan editorial yang pakar dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Majoriti konsultan ini sudah senior, dan sudah tua-tua belaka. Mereka datang dari generasi yang besar dan disekolahkan dalam sistem bahasa Inggeris dahulu. Jumlah guru pakar dengan skill ini tidak ramai, oleh itu harga mereka juga mahal. Kalau dasar pengajaran balik ke bahasa Melayu, kos konsultan ini dapat dijimatkan.
Bila saya tanya, bagaimana orang ramai akan terima perubahan ini?
Jawab beliau "Yang mindanya masih kolonial memang akan bantah".

Ulasan