Langkau ke kandungan utama

Pasaran luar bandar - Lombong emas baru untuk penerbit.

Menurut satu laporan bertajuk consumer spending remains strong, disiarkan dalam Theedge baru ini, kita dapati bahawa kenaikan pendapatan isirumah utama berlaku di;

Petani = naik 100%
Pekerja kerajaan = naik 7.5 hingga 35%
Pekerja swasta = naik 5.9% (paling rendah)

Selain itu juga, laporan ini menunjukkan bahawa kenaikan pendapatan ini berpunca dari naiknya harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, padi. Selaras dengan kenaikan ini, hypermarket dan operator makanan segera seperti KFC akan membuka lebih banyak outlet di pekan-pekan kecil di Malaysia barat, Sabah dan Sarawak. Pemain-pemain ini semakin agresif keluar dari Lembah Kelang untuk menguasai pasaran retail yang bernilai lebih dari RM65 billion setahun.

Mereka yakin bahawa kenaikan pendapatan isirumah, terutamanya di luar bandar, akan menimbulkan permintaan baru untuk pelbagai jenis produk moden yang dijaja oleh operator ini.

Masanya sudah tiba untuk penerbit-penerbit juga untuk melihat dengan serius pasaran luar bandar ini.

Cabaran pertama, buku apa yang akan popular dikalangan pembaca luar bandar?

Selama ini pasaran bahan bacaan luar bandar sudah ditembusi oleh akhbar massa & majalah. Secara agak terhad, buku agama dan novel cinta popular sudah masuk ke pasaran ini. Boleh dikatakan, sudah ada buku yang menerima sambutan baik dari pembaca luar bandar. Bagaimana kita dapat memperkenalkan genre baru yang boleh menarik perhatian pembaca luar bandar, contohnya novel remaja, buku kanak-kanak atau buku bisnes?

Cabaran kedua yang dihadapi oleh penerbit, untuk menembusi pasaran ini ialah sistem edaran yang tidak efisyen.

Kedai buku yang baik jarang sekali terdapat di pekan-pekan kecil. Majoriti kedai buku yang ada, hanya fokus kepada jualan buku rujukan dan buku kerja sekolah. Sedikit sekali yang memberikan tumpuan kepada buku umum. Selain itu, faktor risiko kredit yang tinggi, kelemahan product knowledge di kalangan pengusaha kedai, dan sistem pengurusan kedai yang tradisional, menyukarkan penerbit buku umum untuk masuk ke pasaran luar bandar.

Walaupun kelihatan sukar sekali untuk pergi ke pasaran ini, saya percaya pasaran luar bandar boleh menjadi satu pasaran yang lumayan kepada buku-buku bahasa Melayu. Malah, sebagai satu strategi untuk menghadapi zaman gawat ekonomi dunia, pasaran luar bandar yang dipacu oleh komoditi ini menjadi semakin menarik.

Tanda-tanda awal sudah boleh dilihat dengan perkembangan novel cinta popular di kalangan pembaca luar bandar. Kesimpulannya, penerbit yang ada produk untuk pasaran ini, dan mampu membangunkan jaringan edaran di kawasan luar bandar, akan membuka lombong emas baru disini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...