Langkau ke kandungan utama

Media internet semakin kredible : TPM jawab RPK secara rasmi

Satu trend baru, setiusaha akhbar TPM buat kenyataan media menjawap artikel dalam blog!

Saya merujuk kepada surat dari TPM yang menjawab artikel yang dikeluarkan oleh RPK dalam blog terkenal beliau Malaysia Today bertajuk let's send the altantuya murderers to hell.

Artikel asal RPK itu melaporkan teori-teori yang disebut oleh orang ramai mengenai penglibatan TPM dan isterinya. Seterusnya, Dato Tengku Sariffuddin, yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada TPM telah membuat satu kenyataan akhbar rasmi untuk menjawap artikel itu.

Isteri TPM, Datin Rosmah sendiri membuat kenyataan, dalam TheStar

“Whatever you read on the Internet, don’t telan bulat-bulat (take it as it is). I guarantee that all the stories on the Internet about me are not true,"

“When I am patient and quiet, people resort to slander. I kept quiet previously thinking that people can decide for themselves but now even ridiculous stories are being believed. Fitnah (Slander) is not a small sin that can be easily forgiven especially when it involves trying to bring disrepute to others."

“Don’t believe those who use deceit to get positions. They are willing to fool the community to get what they want. May Allah forgive them and may they return to the right path."

Nampaknya TPM dan isterinya tidak mahu berlengah-lengah dalam menjawab artikel yang ditulis oleh blogger.

Mungkin beliau tidak mahu mengulangi kesilapan yang dibuat oleh PM. PM yakin yang rakyat tidak akan percaya pelbagai artikel yang diterbitkan dalam internet mengenai pentadbirannya, atau mengenai penglibatan menantunya dalam pentadbirannya. Keyakinan palsu beliau itu ternyata memberi kesan dalam PRU12.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...