Langkau ke kandungan utama

Popular Book Fest 2008 - Jualan sampai RM20 juta ?

Saya menghadiri perasmian Popular Book Fest 2008 di Pusat Konvensyen KLCC jumaat lepas.

Ramai rakan-rakan penerbit yang hadir disitu. Setelah lama tak jumpa, biasanya akan mula bertukar-tukar cerita tentang bisnes penerbitan sekarang. Oleh kerana sudah ada dalam Bookfest, maka cerita pertama yang keluar ialah komen tentang bookfest ini sendiri;

1) Menurut Popular, dijangka seramai 450,000 orang akan melawat tahun ini. Ini naik dari 300,000 dalam tahun 2006, dan 400,000 dalam tahun 2007. Kami tidak terkejut kalau lebih dari angka sasaran tercapai. KLIBF 2008 sendiri memecah 2 juta pengunjung, 20% lebih tinggi dari sasaran. Orang Malaysia gila cari buku!

2) Kehadiran besar-besaran penerbit China dalam dewan pameran. Malah, boleh dikatakan kini penerbit dari China mengusai pasaran buku bahasa cina. Tahun sebelum ini kita lihat buku Taiwan banyak di Bookfest. Kini gerai dari China jauh lebih banyak. Menurut rakan saya, ini kerana China menggunakan simplied chinese - manakala buku Taiwan masih menggunakan tradisional chinese. Di Malaysia, pendidikan bahasa Cina sudah menggunakan simplied chinese bermula tahun 80-an dahulu. Oleh itu, kebanyakkan pembaca disini lebih senang dengan buku dari China.

3) Sasaran jualan mereka rasanya tidak kurang dari RM20 juta. Ini berdasarkan pengiraan kasar kami, dan gosip-gosip dari lantai perasmian. Tahun 2007, kita dengan jualan bookfest adalah lebih kurang RM15 juta. Patutlah Popular sudah buat booking untuk KLCC ini selama beberapa tahun ke depan. Memang lebat bisnes mereka disini.

4) Lebih dari 100,000 tajuk ada dipamerkan dalam bookfest. Menurut seorang insider, seksyen bahasa Inggeris dan bahasa Melayu mempamerkan 40,000 tajuk. Bakinya yang 70% lagi ialah tajuk dalam bahasa Cina. Peminat buku bahasa Cina memang boleh muntah tengok pelbagai buku yang dibawa masuk oleh Popular. Mereka ini memang juara kalau sampai soal mengimport buku bahasa Cina dari Taiwan, China dan Hong Kong.

5) Apa yang paling banyak terjual? Menurut kakitangn di lantai pameran adalah buku-buku bestseller yang dijual secara offer. Kami melihat banyak buku-buku bestseller yang dijual secara pukal dengan diskaun setinggi 30%. Menurut beliau, hampir 70% buku yang dipilih pembaca adalah bestseller dengan offer. Patutlah pekedai buku melonggokkan buku-buku begini sebanyak-banyaknya. Apa sudah jadi dengan The Long Tail ?

Besarnya pasaran buku dalam bahasa Cina!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...