Langkau ke kandungan utama

Adakah Buku Akan Jadi Seperti LP ?

Satu soalan yang selalu ditanya, bila saya ditemubual tentang topik mobile book atau google book search - dua servis yang digunakan oleh PTS sekarang.

Pada pendapat saya, ini bukan soal buku dalam format bercetak yang kita biasa pegang. Lupakan soalan pertama ini buat sementara waktu.

Persoalan yang lebih penting ialah pembacaan buku. Satu fakta yang penting dalam pembacaan ialah kedapatan buku (availability). Orang tidak membaca kerana tidak bertemu dengan bukunya. Oleh itu, sasaran yang lebih tinggi ialah memastikan buku itu boleh didapati dari sebanyak mungkin format dan sumber.

Sebagai penerbit, kita mahu menerbitkan buku dalam pelbagai format yang memnuhi keperluan pembacaan, dan memudahkan pembaca untuk membeli dalam format yang beliau suka - bercetak (paling dominan sekarang), mobile book, atau ebook.

Seterusnya, baru saya akan menjawab soalan asal tadi.

Saya fikir, format buku bercetak tidak akan hilang kerana pelbagai faktor - ia dominan, mudah, emosi, nostalgia, murah dan telah disempurnakan seama beribu-ribu tahun sebagai format pembacaan panjang (long reading format).

Ambil contoh LP, setelah hilang ditelan oleh CD & MP3 - kini ia kembali sebagai format yang digemari oleh kumpulan audiophile. Jumlahnya kecil, tetapi punya peminat tegar yang mempertahankan kualiti bunyinya yang lebih kaya dan sedap didengar (dan punya wang untuk membiayai hobi ini).

Tetapi, saya percaya dalam masa 10 ahun kehadapan kita akan lihat satu platform baru pembacaan buku yang berbentuk digital. Masih buku, tetapi pasti digital. Format baru ini akan menjadi popular dikalangan demografik muda bawah 30 tahun yang sudah membesar dalam media digital.

Apa platform baru ini?

Saya tidak tahu. Semuaya terlalu awal untuk dilihat. Dari platform mobile phone, reading device (Kindle, ebook reader), PC tradisional dan derivatifnya (tablet, UMPC) - semuanya mungkin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
"Persoalan yang lebih penting ialah pembacaan buku. Satu fakta yang penting dalam pembacaan ialah kedapatan buku (availability). Orang tidak membaca kerana tidak bertemu dengan bukunya. Oleh itu, sasaran yang lebih tinggi ialah memastikan buku itu boleh didapati dari sebanyak mungkin format dan sumber."

ah-ha ruby setuju dengan ayat-ayat ini. Tetapi ada satu ayat yang BEST lagi daripada ini. Kalau tidak silap ruby ada terbaca satu kisah benar mengenai Seorang Peninju yang terhandal berkulit hitam di USA. Beliau dipenjara atas tuduhan jenayah pembunuhan. Beliau difitnah oleh pegawai polis yang telah memburunya sejak dari beliau berumur 10 tahun.

dalam movie nih ada falsafah seorang kerekter tuh berkata ' Buku itu telah menjumpai pembacanya (tuannya).

cuba cari movie ni....BEST !
Rubin "Huricane" Carter

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...