Langkau ke kandungan utama

Mustahil Menguatkuasakan Hak Cipta

Beliau dalam posting terbarunya bercakap soal trend baru dalam industri musik; music tax. Saya tidak mahu sentuh soal cukai musik ini lagi.

Dengan menunjukkan beberapa trend dalam industri musik sekarang seperti;

1) majoriti pendengar memilih untuk muat turun musik mereka dari servis file sharing, walaupun ditawarkan alternatif untuk muat turun secara sah dengan mudah. File sharing hampir-hampir tiada kos kepada pendengar musik.

2) kebanyakkan syarikat rakaman besar sudah membatalkan DRM, kerana pelbagai sebab : kos, tidak efektif.

3) Mustahil untuk syarikat rakaman saman semua pengguna file sharing.

Maka, beliau menyimpulkan model baru menjual musik ialah penganjuran konsert secara live oleh promoter. Musik berekod hanya dibuat untuk tujuan promosi dan diedarkan secara percuma menggunakan internet.

Model lain yang saya nampak digunakan di asia masih mengekalkan penerbitan CD. Saluran menjual musik berekod tadi ditukar kepada mobile. Banyak CD yang diterbitkan di Indonesia dan China, meletakkan iklan muat turun ke dalam telefon bimbit di muka belakang kotak CD itu. Saya fikir ini juga respon penerbit kepada masalah cetak rompak.

Bezanya kali ini, mereka membiarkan sahaja edisi cetak rompak beredar asalkan iklan muat turun telefon bimbit tadi di kekalkan di muka belakang kotak CD itu. Pencetak rompak secara tidak rasmi mencari saluran distribusi kepada penerbit disini.

Secara dasarnya, penerbit mendapati bahawa semakin lama semakin sukar untuk menguatkuasakan hakcipta. Ini sedang berlaku dalam industri musik.

Bagaimana pula jika masalah ini mula berlaku dalam industri buku?

Ulasan

alifstyle berkata…
Sebentar! Ada perubahan unik di sini. Dahulu, sumber kewangan mereka dari jualan album manakala konsert kecil sebagai aktiviti promosi. Hari ini, ia berubah, fail muzik jadi bahan promosi, manakala konsert dijadikan sumber keewangan utama.

Indsutri buku hari ini. Sumber kewangan utama dari jualan buku, manakala bacaan naskhah ( contoh: maskara, bangsar ) sebagai aktiviti promosi. Adakah ia akan terbalik juga suatu hari nanti?

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...