Langkau ke kandungan utama

Penulis superstar dan pasaran red ocean.

Komen seorang sifu dalam penerbitan novel, berkaitan dengan saingan dalam penerbitan buku. Ada pasaran yang sudah menjadi red-ocean kerana terlalu banyak pesaing.

Yang mula-mula dirempuh badai adalah pasaran buku kerja & latihan sekolah. Harga jatuh dari rm4.90 bagi terbitan penerbit besar hingga ke edisi kulit putih rm2.50 terbitan penerbit baru.

Seterusnya sekotor buku agama. Penjual buku agama bukan tengok isi, siapa pengarang dan desain - dia timbang berat buku sahaja sebagai bandingan. Buku dari penerbit A berat setengah kati, harga rm10 kenapa awak punya harga rm15?

Kini novel cinta pula. Lebih dari 16 tajuk baru masuk ke pasaran sebulan. Penulis baru dan ternama bersaing hebat.

Selama ini saya belum dapat mengkuantikan fenomena ini untuk pasaran tempatan. Perbualan telefon dengan sifu ini memberi jawapan.

Menurut sifu ini, Kalau sudah ada lebih dari 8 superstars dalam satu genre, maka pasaran itu sudah puncak. Kalau sudah ada 10 superstars maka pasaran itu sudah pecah, sudah jadi red-ocean. Kompetisi melampau. Terlalu banyak produk ditawarkan, kualiti jadi tidak konsisten, harga akan jatuh, dan banyak pemain baru akan masuk.

Apa yang akan jadi? Kalau ikut teori Superstars lawan Long tail, pembaca dikala punya pilihan yang terlalu banyak sehingga mengelirukan, akan datang balik kepada pilihan yang selamat. Datang balik kepada jenama dan penulis yang mereka kenal dan selesa.

Mari kita lihat jika teori Fred anderson ini ada betulnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...