Langkau ke kandungan utama

Bagaimana industri penerbitan boleh menjadi lebih seksi kepada bakat muda?

Satu soalan yang industri ini perlu fikirkan untuk terus berkembang dalam era ekonomi-K.

Secara relatifnya penerbitan dan penulisan buku sudah passe. Atau dilihat sebagai tua, statik, dan tidak dinamik. Tidak ada keghairahan baru. Tidak ada buku yang melambangi dan merepresentasi generasi muda. Buku bukan mereka punya - tetapi social networking, instant messenger, sms, blog dan photo sharing adalah media ekspresi mereka.

Kertas & dakwat dalam era Internet.

Kesannya, penerbitan buku menjadi pilihan akhir kepada pelajar pengajian media atau mass comm. Penerbit buku kehilangan bakat terbaik kepada industri PR, siaran, journalisma, majalah - dan akhir sekali barulah penerbitan buku. Penerbitan buku juga jadi pilihan terakhir untuk pelajar art & design, selepas agensi pengiklanan, majalah dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, aspek glamour dunia buku ini sebenarnya pada penulis buku - bukan kepada profesional penerbitan yang ada dibelakang buku itu, bukan editor, bukan desainer, bukan orang publisiti, bukan pasukan jualan, bukan kedai buku dan seterusnya. Profesional industri penerbitan ini berada di belakang tabir.

Bagaimana penerbit boleh menjadi lebih seksi kepada bakat muda? Kepada bakat yang terbaik dalam kelasnya?

Mengikut perbincangan pendek saya dalam satu program penerbitan anjuran pelajar tahun akhir UiTM semalam, ada 3 faktor yang menjadi pertimbangan mereka (pelajar tahun akhir).

1) Gaji yang ditawarkan mesti kompetatif.

2) Jenis produk yang diterbitkan oleh penerbit itu. Produknya mesti menarik, punya ruang untuk kreativiti.

3) Pembangunan kerjaya.

Generasi ini selalu dikatakan sebagai demanding, tetapi generasi ini juga dikatakan sebagai generasi yang produktivitinya tinggi dan sanggup bekerja kuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...