Langkau ke kandungan utama

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 3/4)

C. Khidmat Pinjaman Ebook dari Perpustakaan Tempatan.

Ini satu lagi servis yang semakin popular. Pembaca tempatan boleh meminjam pelbagai tajuk ebook dari beberapa perpustakaan digital yang ada di Malaysia. Konsep perpustakaan digital ini hampir sama dengan pinjaman buku bercetak. Contohnya;
  • Peminjam perlu daftar akaun. Berbeza dengan sistem pinjaman fizikal, perpustakaan digital tidak langsung memerlukan peminjam hadir - pendaftaran akaun dibuat secara atas talian. malah, peminjam boleh gunakan akaun Facebook untuk login ke sistem elibrary.
  • Peminjam perlu muat turun App untuk membaca ebook yang dipinjam ke telefon atau tablet mereka.
  • Peminjam diberikan satu tempoh masa. Ada perpustakaan yang beri 7 hari, ada yang panjang sehingga 14 hari. Selepas tempoh tamat, secara otomatik, ebook tadi akan dipulangkan ke perpustakaan. Ia terus hilang dari telefon atau tablet peminjam.
  • Jika tajuk ebook itu sudah dipinjam orang lain (sudah di checked out), peminjam baru kena menunggu dalam barisan sehingga ebook itu dikembalikan dalam sistem.
Berikut beberapa perpustakaan digital tempatan yang memberikan khidmat pinjaman ebook;




Perpustakaan Negara Malaysia
Alamat :  http://pnm.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!


Perpustakaan Negeri Sabah
Alamat :   http://www.sabah.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Alamat :  http://penang.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Alamat :  http://terengganu.elib.com.my/
Daftar :  Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

Perpustakaan Kuala Lumpur
Alamat :  http://kualalumpur.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya oleh MBPJ.
Alamat : http://mbpjlib.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!
 

Perpustakaan Sultan Ismail.
Alamat : http://psi.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!


Sultan Ismail eAcademic Library
Alamat : http://psiacademic.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!


BERSAMBUNG ke Part 4/4

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...