Langkau ke kandungan utama

Lanskap industri penerbitan tempatan 2007

Ada beberapa trend yang berlaku atau digosipkan akan berlaku dalam tahun 2007, khusus untuk mereka yang terlibat dalam industri buku.

Trend baru dari kementerian pelajaran.

Pertama, kita menjangka yang kementerian pelajaran akan mula meliberalisasikan pendidikan di Malaysia. Antara lain yang dijangka akan berlaku adalah mengurangkan fokus kepada sistem yang exam-centric sekarang ini. Jumlah mata pelajaran yang diperiksa akan dikurangkan. Objektifnya adalah untuk membentuk pelajar yang lebih seimbang dalam pelbagai aspek - akademik, korikulum, nilai dan kreativiti.

Pelajar yang berfikir - bukan hanya pandai menjawab soalan peperiksaan.

Kedua, buku teks akan diberi secara percuma kepada semua pelajar. Tidak ada lagi buku teks dalam pasaran terbuka.

Kesan primari.


Trend baru ini akan memberi kesan kepada penerbit buku ulangkaji peperiksaan. Jualan buku ulangkaji sangat bergantung kepada berapa banyak subjek yang akan diperiksa. Jika jumlah subjek dikurangkan, atau dibuat tidak wajib periksa - maka jaulan buku subjek tersebut pasti jatuh teruk.

Saya tidak dapat membayangkan kesannya kepada rakan-rakan penerbit lain jika 30% subjek digugurkan dari senarai peperiksaan.

Dalam senario ini juga, kedai buku yang menjual buku ulangkaji akan menerima kesan yang teruk. Malah, jika ini berlaku dalam tahun 2007-2008 - kedai buku akan terkena 2 kali. Dalam tahun 2008, kementerian pendidikan juga sudah mengumumkan yang mereka akan memberi semua buku teks secara percuma. Tidak ada lagi jualan buku teks dalam pasaran terbuka.

Kita akan melihat fasa konsolidasi jika 2 perkara ini berlaku serentak.

The perfect storm.

Kesan sekondari.

Ada penerbit akan gulung tikar, dan ada yang akan bertukar arah untuk survival.

Saya menjangkakan penerbit tadi akan masuk ke sektor lain dalam industri buku seperti buku perpustakaan, buku umum, buku kanak-kanak dan sebagainya. Tetapi, jangkaan saya ialah majoriti penerbit buku ulangkaji kecil akan berpindah ke sektor buku perpustakaan.

Di Malaysia ini, adalah satu rahsia terbuka tentang kualiti buku-buku set perpustakaan yang dijual ke sekolah. Majoriti buku-buku ini diterbitkan oleh penerbit kecil yang tidak ada kakitangan editorial. Mereka sekadar membeli monuskrip, membeli illustrasi & lukisan, dan mempakejkan buku ini untuk jualan perpustakaan. Hasilnya, buku-buku ini jika dijual di pasaran terbuka hampir pasti tidak akan laku sama sekali.

Buku ini dipasang dengan kulit keras (ilusi supaya nampak berkualiti), dan diberi harga yang sangat tinggi - supaya pengedar buku boleh dapat komisyen yang lumayan. Oleh kerana itu mereka memasarkan buku-buku harga mahal ini kesekolah.

Pengarang dapat royalti sifar, sekolah dapat bahan kualiti rendah - pada harga yang sangat mahal.

Sektor ini menarik kerana barrier-of-entrynya sangat rendah. Tidak perlu ada tenaga editorial professional. Disinilah saya jangka penerbit-penerbit kos rendah (dan kualiti rendah) tadi akan bertumpu-tumpu masuk.

Oleh kerana strategi mereka agak simplisitik - kompetisi akan dilawan dengan cara lawan diskaun. Kalau sekarang, pengedar buku perpustakaan sudah minta diskaun setinggi 60% dari penerbit. Saya jangka dengan lambakan buku perpustakaan kualiti rendah ini, purata diskaun pengedar akan naik ke 70%.

Untuk melayan demand pengedar ini, penerbit hampir pasti akan menaikkan harga buku.

Penerbit genuine tidak boleh lawan diskaun.

Bagi penerbit yang menerbit buku harga patut, membayar royalti, dan menggaji pasukan editorial professional - mustahil untuk berlawan diskaun dengan penerbit kos rendah ini. Struktur kos sahaja tidak akan membolehkan penerbit mainstream bersaing diskaun . Saya fikir kami akan berhadapan dengan masa sukar dalam tempoh 2-3 tahun kedepan dalam pasaran buku perpustakaan ini.

Satu-satu harapan kami adalah supaya perpustakaan menjadi pembeli bijak - memilih buku berkualiti, berharga patut dan diterbitkan oleh penerbit yang mengamalkan dasar membayar royalti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...