Langkau ke kandungan utama

Lagi Pencetak (dan juga Penerbit) ke Papan Ke-2 Bursa Malaysia.

BHS Industries Bhd akan ke papan ke 2 hari selasa depan. Pengumuman tentang IPO ini sudah ada di laman Bursa Malaysia. Tahniah kepada Pustaka Sistem dan Pustaka Yakin, yang mana merupakan subsidiari kepada BHS.

Dari propektusnya, kita boleh lihat bahawa
  • Bisnes percetakan ini sangat kompetatif dan menggunakan kapital yang besar untuk mesin, dan modal kertas.
  • BHS mengimport sendiri kertasnya secara langsung tanpa menggunakan pengedar tempatan.
  • BHS merancang untuk membawa masuk modal baru sebanyak RM18 juta.
  • Akan digunakan untuk membeli mesin cetak dan binder baru, dengan kapasiti lebih besar.
  • Akan mencari pelanggan baru luar negara.
  • 2 imprint utama kumpulan ini, Yakin dan Sistem menyumbang kira-kira 18 peratus dari jualan. Kedua-dua imprint ini terlibat dalam buku teks & buku kerja.
  • Menurut BHS, mereka ada majalah - tetapi saya tidak nampak majalah mereka di pasaran (mungkin tidak popular)
  • Pesaing utama dalam cetakan buku dan majalah adalah Pelangi , Kum, dan Times. Menurut BHS, KumWah lebih fokus kepada cetakan kotak dan packaging.
Satu berita dalam Business Times online. Belum nampak dalam The edge daily.

BHS pada jam 5pm adalah pada 74 sen. Berapa harganya semingu dari sekarang?

Ulasan

Unknown berkata…
Jenuh saya memikirkan jenis syarikat ini (semasa baca akhbar). Rupa-rupanya pencetak...

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.