Satu trend yang pasti berlaku adalah rempuhan chain bookstore ke kawasan kedai buku independent. Ini sedang berlaku, dan akan menjadi semakin sengit. Trend kedua adalah, beberapa kedai buku tradisional akan berubah menjadi kedai buku moden atas dasar survival, dan baki yang tidak mampu berubah akan menjadi semakin marginal.
Trend yang belum berlaku adalah Chain bookstore vs Internet retailer. Mungkin jauh lagi.
Faktor pertama adalah perkembangan pusat belibelah (mall) di Malaysia.
Chain bookstore duduk dan tumbuh didalam mall. Dalam satu temuramah di BusinessTime hari ini menunjukkan yang potensi untuk membangunkan lebih banyak mall baru, terutamanya di kawasan baru seperti Kuching, KK, Ipoh dan Kelang masih luas. Dan saya percaya bahawa mall developer tidak akan duduk diam dalam tahun-tahun mendatang ini.
Ham: What retailers would like to see is better-quality malls in the right location. This is because good-quality malls will attract the consumers. Coupled with the right tenants, (the) right management and the right promotion, the malls will draw the consumers like a magnet.
Yap: Malaysia still has the potential to grow. Per capita retail sq ft (sq ft over population) in Malaysia is 2.8 compared to other Asian countries, which are all above 3.2 sq ft per person. For example, Hong Kong is 12.9, (South) Korea at over 12.
Toh: On the surface, we have more than enough malls in the Klang Valley at about 10 sq ft per capita. However, there are still places like Kuching, which is way below the 2.8 number. In these places, we can do with more malls.
Rosly: Definitely, we need quality malls in the right location. We are trying to promote Kuala Lumpur as a shopping hub and Johor Baru, too. We see the overflow from Singapore, especially with two casinos slated for opening.
We also need to create our own Orchard Road.
Tan: Bukit Bintang and KLCC can take more shopping centres. However, in residential areas and smaller townships like Klang or Muar, there has been a population and income growth but no new malls there.
Kota Kinabalu and Kuching have hardly had any shopping complexes opened in the past 10 years, but next year, many are opening.
To build a quality mall, firstly, selling strata title retail space is not the formula. Secondly, developers seem to all be building simultaneously, like in Kota Kinabalu and Kuala Lumpur. This is not necessarily good.
Berdasarkan perbualan dengan seorang eksekutif senior dalam satu chainbook store tempatan, kumpulan mereka mula masuk ke mall dalam tahun 1993. Sebelum ini kedai mereka berkonsepkan shoplot. Mereka dapati prestasi outlet dalam mall adalah jauh lebih baik dari outlet di shoplot.
Sejak itu, mereka tidak menoleh kebelakang lagi. Jika dilihat perubahan ini baru berlaku dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Menurut beliau, transformasi habit pembaca buku sudah jelas berlaku. Outlet tradisional mereka di China Town, KL sudah menjadi outlet yang terkebelakang dan semakin dilupakan oleh pembaca buku.
Kumpulan beliau juga kini sudah mula masuk ke bandar-bandar sekondari dimana ada mall yang sesuai seperti Muar dan Batu Pahat.
Faktor kedua, pekembangan pembaca kumpulan pertengahan (middle class)
Semakin ramai penduduk di Malaysia yang mendapatkan pendidikan tertiari, semakin ramai pembaca buku baru akan dihasil. Kumpulan ini moden dan gaya hidup mereka tidak sama dengan kumpulan pembaca lama. Habitat mereka bukanlah Jalan Tuanku Ab Rahman lagi (kecuali musim hari raya bila semua patah balik cari songkok dan baju melayu), tetapi pelbagai mall baru seluruh ibu kota.
Faktor ketiga, survival kedai buku indie.
Bila kerajaan mengumumkan bantuan buku teks 100%, kebanyakkan kedai buku indie kehilangan sumber pendapatan yang besar. Ini terutamanya kedai buku di 3 kawasan utama - Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan/Selangor. Ada yang melaporkan kehilangan sehingga rm4 juta setahun kerana buku teks pasaran terbuka tidak dapat dijual lagi. Ada yang melaporkan kehilangan sehingga 30% turnover tahunan mereka kerana tidak dapat menjual buku teks.
Kedai buku indie terpaksa mencari produk dan pasaran baru untuk mengganti jualan yang hilang ini. Persatuan penjual buku Malaysia mengatakan yang ahli mereka terpaksa berubah kepada jualan buku umum (buku umum : buku agama, novel, motivasi, kanak-kanak dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan silibus sekolah).
Berdasarkan perbualan saya dengan eksekutif tersebut, transformasi dari kedai buku sekolah kepada kedai buku umum bukanlah sesuatu yang mudah. Beliau menggariskan beberapa perkara seperti
- Satu, memerlukan modal yang besar besar. Produk buku umum adalah paling perlahan dari segi inventory turnover, paling tinggi dari segi holding cost untuk menyediakan satu kedai yang dikira well stocked dan punya variety yang baik, dan kos renovasi kedai yang jauh lebih tinggi. Beliau membuat bandingan dengan produk alat-tulis dan juga produk buku sekolah (teks, buku kerja, buku latihan, buku rujukan).
- Dua, memerlukan kakitangan yang berkemahiran lebih tinggi untuk memilih, menjual dan mempromosi buku umum - dibandingkan dengan kakitangan yang menjaga produk buku sekolah atau alat-tulis. Produk buku sekolah dan alat-tulis lebih simplisitik. Sehingga hari ini, chain bookstore masih mempunyai masalah dalam melatih dan membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran. Apatah lagi bagi kedai buku indie.
- Tiga, perlu lokasi retail yang sesuai seperti didalam mall. Kebanyakkan mall tier-1 akan memilih penyewa yang punya brand dan kekuatan kewangan berbanding dengan kedai buku indie.
Mengikut analisis dalaman kami sendiri, hanya 15% kedai buku sekolah mampu berubah menjadi kedai buku umum yang berdaya maju. Bakinya akan kekal sebagai kedai buku sekolah dengan bisnes yang semakin kecil, pencen atau keluar dari sektor ini sama sekali.
Perubahan ini sudah berlaku dibanyak negara-negara maju. Dan nampaknya kini akan mula berlaku di Malaysia.
Ulasan