08 Oktober, 2007

Bagaimana buku IT tumbang di kedai buku.

Patah balik ke tahun 1994 - tahun dimana semua orang mula mabuk dengan revolusi internet. Dalam tempoh 2 tahun ke depan, beribu-ribu tajuk dalam bidang IT diimport ke malaysia. Tajuk-tajuk pengenalan popular seperti Outlook dan Office terjual beberapa ribu naskah setiap tajuk.

Kedai buku membesarkan rak buku komputer dan IT dengan agresif.

Harga bukunya mahal. Jualannya substansial.

Datang tahun 1997 dan kehancuran semua jenis dotcom. Semua buku-buku tadi tinggal jadi hiasan dalaman dalam kedai buku.

Sehingga hari ini, era jualan buku IT yang mencapai ribuan naskah tinggal kenangan manis, satu era, satu zaman. Hari ini kalau dapat jual 30 naskah satu tajuk juga sudah dikira sangat baik.

RIP.

Tiada ulasan: