Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Hilang Bisnes Kerana Sikap Kita Sendiri.

Setelah hilang bisnes buku teks sekolah (kerana dibekalkan percuma kepada pelajar sekarang), penerbit buku kerja menghadapi halangan baru. Baru-baru ini keluar lagi arahan dari Pak Menteri bahawa sekolah tidak boleh mengenakan apa-apa yuran semasa pendaftaran baru tahun 2009 nanti melalui satu surat pekeliling. Ada beberapa versi cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa semua pengetuan dan guru besar telah dipanggil untuk satu sesi penerangan di daerah masing-masing. Khabarnya dalam sesi ini semua guru dimaklumkan bahawa mereka mesti patuh dan tidak cuba membuat sebarang 'jalan belakang'. Akibatnya, semua jenis yuran dan listing buku telah digam oleh pentadbiran sekolah. Semua kena tunggu kelulusan dalam mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Ini versi cerita yang paling keras. Ada satu cerita yang mengatakan bahawa arahan ini hanya terpakai untuk kes yuran sahaja. Tetapi, listing buku boleh dikeluarkan seperti biasa. Ini versi yang paling lembut. Apa pun, khabarnya ara...

Tarik Tali Hujung Tahun

Di Malaysia, untuk penerbit buku umum (bermaksud semua jenis buku selain buku sekolah dan buku teks universiti) adalah menjadi satu kemestian untuk masuk ke pasaran kedai buku berangkai (chain bookstores) . Kalau mahu distribusi dan volume yang besar, mesti pergi ke chains . Noktah. (Penafian : Ini mazhab saya sendiri. Ada banyak juga penerbit yang sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat ini) Ini menyebabkan chains mempunyai pengaruh yang kuat kepada penerbit, terutamanya penerbit yang menjadi pembekal utama mereka. Mereka juga mula menggunakan pengaruh ini untuk mendapatkan terma yang lebih baik dari penerbit. Antara perkara yang selalu menjadi topik tarik-tali adalah soal diskaun dagangan, sokongan untuk aktiviti pemasaran (beli iklan dalam majalah mereka, ikut dalam pameran, aturkan sesi bersama pengarang dan lain-lain), soal kos logistik, dan juga keutamaan untuk mendapatkan stok. Penerbit sebaliknya akan menekankan timbal-balas seperti pameran pukal (bulk display) , jualan p...