Esei dari Rachel Donadio, editor di Book Review dalam NYT. Saya boleh jumpa banyak poin-poin yang memang selari dengan pengalaman kita di Malaysia - mungkin tidak 100%, tetapi hampir dekat. Esei ini cuba menerangkan kenapa proses penerbitan buku masih dikira perlahan, dikala kita ada kemajuan pesat dalam teknologi penerbitan dan percetakan. Soalan pertama, kenapa buku lambat terbit? “It’s not the technology that’s the problem; it’s the humans that are the problem,” said Jonathan Karp, the publisher of Twelve, Halangan utama adalah proses pemasaran yang perlu kepada kerjasama dari pelbagai pihak. Sebaik sahaja editorial dapat monuskrip atau pengarang, ia perlu 'dijual' kepada pihak pengurusan. Kemudian monuskrip tadi akan dijual kepada pemasaran dan pihak jualan, untuk maklumbalas dalaman. Jika tidak memuaskan hati, ia akan 'dijaja' kepada purchaser di kedai buku untuk mendapatkan respon mereka pula. Setelah dapat keyakinan dari pelbagai pihak, berulah monuskrip tadi a...