26 Februari, 2008

Pembelajaran sepanjang hayat, dari segi penerbitan buku.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat diutarakan oleh MCA kepada komuniti cina beberapa tahun kebelakangan ini (tanpa ada respon yang setaraf dari parti Melayu yang terbesar).

Seorang penerbit Singapura mengajar saya apa maknanya dari segi penerbitan buku. Menurut Puan itu, pembelajaran sepanjang hayat adalah apa-apa subjek yang kita ambil selepas keperluan pembelajaran profesional kita.

Dari segi penerbitan buku, subjek pembalajaran sepanjang hayat adalah

  • Budaya
  • Agama
  • Falsafah
  • Sejarah
  • Kesihatan
Saya harap satu hari nanti kita boleh menerbitkan buku-buku dalam topik ini, dan melancarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam bahasa Melayu.

Tiada ulasan: