Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Pening kedai buku di Terengganu

Pening kedai buku di Terengganu, sampai sekarang tidak ada shopping mall yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ini menyebabkan mana-mana kedai yang terfikir untuk membesarkan perniagaan mereka tersangkut. Rakyat Kelantan lebih bertuah - sudah ada KB Mall yang beroperasi dengan jayanya di Kota Bharu. Malah ada satu lagi yang sedang dibangunkan sekarang, dan katanya akan di anchor kan oleh satu hipermarket gergasi. Dengan kehadiran mall di KB, 2 kedai buku yang besar sudah dapat satu tapak perniagaan yang sangat baik. Popular Bookstore berdepan dengan satu pemain baru, Kedai buku SMO. Kedua-duanya mencatat jualan yang memberansangkan di KB Mall. Persaingan anatara 2 kedai buku utama ini akhirnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli buku di Kelantan dengan pelbagai tawaran dan pilihan terkini. Era jualan buku secara moden sudah sampai di Kota Bharu. Sebaliknya, pembaca buku di Terengganu masih dinafikan dari menikmati kedai buku besar, lengkap dan moden. Bangunan KT...

Telekom Sendiri Akan Pergi Ke Content?

CreditSuisse dalam laporan harian bertarikh 12hb November yang meletakkan saham TM pada Underperform mengatakan bahawa; " Rather than focussing on maximising cash flow generation from existing operations, management’s strategy seems to be shifting towards more aggressive investment in non-core areas (e.g. IPTV,content, business process outsourcing) in an attempt to grow " Menurut penganalisis ini, motivasi utama pengurusan TM untuk pergi ke bidang baru ini ada kena mengena dengan projek HSBB " the issue seems to be with what we have previously highlighted as the key risk facing Telekom Malaysia – the government’s high-speed broadband project (HSBB)....... the wider concern is that management now sees the rollout as a platform for growth into other areas, most notably IPTV. " Dengan pertukaran strategi ini, pasti ada peluang untuk pengeluar Content di Malaysia. Yang saya tidak pasti, sejauh manakah Telekom boleh berjaya dalam bidang yang bukan teras kepada bisnes me...

25 Ribu Ebook Di Malaysia.

Pengumuman menteri besar terengganu malam semalam dalam The Star bertajuk 25,000 Pupils In Terengganu To Get Laptop Next Year  agak mengejutkan, kerana kerajaan terengganu secara unilateral telah mengambil keputusan untuk memberikan laptop kepada kanak-kanak sekolah. Unilateral kerana tanpa apa-apa partnership dari agensi tradisional dalam kementerian pendidikan dalam hal teknologi dalam pendidikan. Dari satu segi ini bukanlah gerakan yang baru. Prof Negroponte dari MIT telah memulakan gerakan One Laptop Per Children (OLPC) yang secara besar-besaran mengkaji, dan membangunkan model laptop baru dan perisiannya untuk negara mundur dan membangun, dengan kos sasaran serendah USD100. Beliau yakin sekali bahawa laptopnya itu akan menjadi alat yang mampu mentransformasi pendidikan kanak-kanak tersebut. Saya melihat inisiatif Terengganu sebagai berpotensi untuk menguji penggunaan ebook secara mass market dan besar-besaran di Malaysia. Menurut pengumuman tersebut, mereka hanya melibatkan Dewa...

Jualan Retail Dijangka Merosot Lagi Tahun Hadapan.

Membaca satu berita dalam BusinessTimes bertajuk Retailers lower 2009 sales forecast betul-betul menyebabkan ramai penerbit dan kedai buku seram sejuk. Antara lain, kajian yang dibuat untuk pihak Malaysian Retailers Association ini merendahkan jangkaan sales tahun 2009 dari 8% ke 5% atau kurang. Memang hampir-hampir tidak ada perkembangan tahun depan. Malah untuk tahun ini sendiri, jangkaan awal perkembangan sebanyak 7% telah jatuh ke 4%, kerana 2 suku terakhir yang sangat lembap. Untuk sektor retail buku, ini memang diakui oleh beberapa pekedai yang besar. Ada seorang pegawai yang memberitahu saya bahawa jualan pada bulan Julai lepas adalah yang paling buruk dalam 10 tahun ini. Rata-rata pekedai buku yang menghadapi kelembapan jualan ini berada di di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang. Beberapa pekedai juga memaklumkan yang jualan selepas hari raya sangat perlahan. Yang menjadi penyelamat kepada beliau ialah pembelian dari kerajaan yang sangat kuat akhir-a...

Satu langkah lagi ke arah jualan musik digital di Malaysia

Berita dalam Thestar, pengumuman  satu perjanjian yang ditandatangani antara penerbit musik dan juga label di malaysia .  Isi utama perjanjian ini adalah untuk memudahkan kedai musik digital di Malaysia, mendapatkan hak jualan pelbagai jenis musik yang ada di pasaran. Sandy Monteiro, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman said: “It is a blanket agreement between the publishers and labels to simplify the rights process. “Prior to this MoU, a digital music retailer would have to sign about 15 different contracts with various labels and publishers from 27 different countries for the rights to a song. Now they just have to sign one,” he said. Saya masih cuba memahami mengapa pengurusan hak musik ini terlalu kompleks, seperti yang dikatakan oleh Sandy Monteiro. Saya pasti jika ada kedai musik digital di Malaysia yang mahu menjual album-album yang diterbitkan di luar negara (atau dalam negara sekalipun) mesti mendapatkan hak jualan itu dulu. Tetapi kenapa keperluan untuk d...