Akhbar Christian Science Monitor (CMS) menutup penerbitan edisi cetak, dan memindahkan semua penerbitannya ke web. Tetapi mereka akan mengekalkan penerbitan bercetak untuk edisi hujung minggu. Saya banyak membaca perbincangan mengenai model baru penerbitan akhbar dalam zaman internet. Pada pendapat saya, akhbar yang mempunyai jualan iklan yang kuat, berbanding dengan jualan subscription , akan berjaya melakukan transformasi ini. Sebaliknya, akhbar yang bergantung kepada subscription , akan menghadapi masalah besar apabila cuba memindahkan modelnya ke dunia baru ini. Jika kita membayangkan lima tahun dari sekarang (atau mungkin lebih awal lagi), manakah akhbar bahasa Melayu yang akan pergi ke web 100%? Mungkinkah mereka boleh membina model perniagaan baru yang sustainable dalam web? Artikel penuh dalam NYT bertajuk The Monitor Ends Daily Print Edition .
Dalam blog ini, sebagai pemerhati pasaran buku dan media. Secara profesional, menguruskan syarikat penerbitan buku.