Langkau ke kandungan utama

Kedai Ebook Untuk Pengguna Malaysia

Pada masa sekarang, ada beberapa kedai ebook (dipanggil juga portal ebook) untuk pengguna di Malaysia. Kedai ebook yang saya senaraikan ini menggunakan sistem keselamatan DRM (Digital Right Management) untuk melindungi ebook yang dijual dari ancaman cetak rompak.

Kedai-kedai ebook masa kini juga menggunakan sistem 'Cloud Library'. Ini bermakna, semua buku yang anda beli disimpan dalam Cloud, dan boleh diakses menggunakan beberapa peranti secara serentak. Contohnya, pengguna boleh membaca di smartphone (guna App), tablet (guna App) dan pada komputer/laptop (guna Browser) pada masa yang sama.  Cloud akan membuat sync kepada  semua peranti-peranti anda.

Kebaikan utama sistem Cloud ialah,

a) Anda hanya perlu pegang maklumat Username/Password akaun anda sendiri. Jika anda tukar telefon, atau tablet - boleh login terus kepada akaun Cloud Library anda. Buku akan ikut ke peranti baru. Konsep yang sama seperti gmail/yahoomail/facebook anda.
 
b) Cloud akan buat Sync. Anda tahu mana buku yang anda sudah baca/belum baca, muka surat mana berhenti, mana buku yang baru dibeli - pada mana-mana peranti yang anda login.

c) Anda boleh baca secara Offline menggunakan App. Sangat penting jika anda dalam perjalanan, dalam kapal terbang atau tempat-tempat yang tidak ada talian internet.

d) Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, atau kad debit. 

 Apa kedai ebook utama yang ada untuk pengguna Malaysia?


Nota : Ini hanya catatan pendek dan tidak komprehensif. Senarai penerbit ebook disetiap kedai akan bertambah dari masa ke semasa. Kedai ebook juga akan menawarkan feature baru dalam App mereka dengan setiap update.



1. E-Sentral
Alamat : https://www.e-sentral.com/
Beli : gunakan laman web mereka.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android dan juga boleh baca guna Browser.
Profil : Syarikat tempatan yang paling besar, dan paling banyak tajuk tempatan didalam sistem mereka. E-sentral berpejabat di Cyberjaya. Setakat ini, hampir semua penerbit utama ebook tempatan ada menawarkan buku mereka di e-sentral. E-Sentral juga satu-satunya syarikat tempatan yang menawarkan sistem Digital Library dengan koleksi ebook tempatan yang komprehensif.

2. Kakibuku
Alamat : http://www.kakibuku.my/
Beli : Guna laman web mereka.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Pemain baru yang menjual ebook tempatan. Setakat ini hanya ebook dari PTS, Fixi dan Pelangi yang dijual disini. Tetapi, orang-orang penting didalam syarikat ini ialah orang lama dalam industri teknologi tempatan dengan produk yang sudah dikenali umum.

3. Celcom Bachabooku
Alamat : http://bachabooku.com/
Beli : Guna laman web mereka.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Perkhidmatan dari Celcom. Menariknya pengguna boleh bayar ebook menggunakan bil telefon mereka. Selain dari ebook, Bachabooku juga menawarkan emagazine dari Karangkraf. Penerbit yang ada menawarkan ebook ialah Karangkraf, Fixi dan PTS.

4. Google Play Books
Alamat : https://play.google.com/store/books?hl=en
Beli : Guna laman web Google Play atau melalui in-app purchase di 'Play' di Android.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Servis dari gergasi teknologi. App sudah terbina dalam semua peranti Android. Pengguna ios boleh download App untuk membaca (baca sahaja, tidak boleh guna untuk beli). Sudah ramai juga penerbit tempatan yang menjual ebook mereka melalui Google Play.

5. Kobo
Untuk buku luar negara dengan fokus bahasa Inggeris setakat ini. Belum menawarkan buku tempatan dalam bahasa Melayu.

6. Karangkraf Emall.
Menjual emagazine dan ebook dari Karangkraf sahaja.

Semoga nota-nota pendek ini membantu pembaca ebook.


Kemaskini 7/5/2015




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...