Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2007

Google book search untuk penerbit malaysia.

Semalam ada satu pertemuan antara beberapa ahli MABOPA dengan wakil dari Google, spesifiknya dari Google Book Search. Wakil google, mark nelson memberikan satu penerangan tentang produk Google book search, yang mana merupakan satu produk baru dalam usaha mereka untuk membawa maklumat yang sebelum ini hanya ada dalam buku, jurnal ke web - supaya dapat diindeks, dicari, dan dibaca secara online oleh pengguna. Ini terutamanya penting untuk mereka yang mencari untuk tujuan rujukan dan kajian. Pada pendapat saya, Indonesia dan Thailand mempunyai jauh lebih banyak tajuk tempatan dalam bahasa mereka. Tetapi untuk rantau ini, mereka bermula dengan Malaysia, dan selepas ini adalah Indonesia. Google masih lagi membangunkan teknologi OCR untuk bahasa Thai. Oleh kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia menggunakan karakter roman - maka teknologi OCRnya lebih matang dan tepat. Sebagai penerbit, kita akan masuk ke program Google book search sebagai partner. Bagi penerbit yang berstatus partner, sem

Majoriti kedai buku masih di takuk lama.

Ini satu isu struktural dalam penjualan & pemasaran buku di Malaysia. Ada beberapa jenis kedai buku Kedai buku korporat seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Borders. Kedai Buku & Majalah - biasanya kecil, dan menjual majalah, komik, novel popular. Kedai buku tempatan - ini yang paling banyak, ada di semua pekan-pekan diseluruh negara. Kedai buku koperasi - hanya ada di sekolah, kolej dan universiti. Kalau kita lihat dari sektor ke sektor, buku ulangkaji peperiksaan ini adalah yang paling besar di Malaysia. Jualan tahunan sektor ini sahaja dianggarkan lebih dari RM400 juta setahun. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini : keperluan peperiksaan - jadi semua pelajar beli, bukunya murah, dan mudah didapati sehingga ke seluruh ceruk pekan-pekan kecil. Dianggarkan ada lebih dari 500 kedai buku seluruh negara yang menjual buku ulagkaji peperiksaan. Bandingkan dengan sektor buku umum. Pada masa ini dijual secara runcit oleh kedai buku korporat (paling besar), dan beberapa kedai

Novel handphone terjual lebih 1 juta naskah di Jepun.

Posting kedua tentang artikel ini; Kini, Ada novel yang sudah terjual lebih dari 1 juta naskah. Dan, website seperti Magic library plus sudah mempunyai lebih dari 2400 tajuk yang ditulis menggunakan handphone - untuk dibaca dalam handphone. Ada genre baru diperkenalkan selain dari novel romance (yang paling popular) - horror, sci-fi dan juga fantasi. Terbaru, mereka akan menganjurkan anugerah novel handphone dengan kerjasama syarikat utama seperti NTT DoCoMo. Mungkinkah remaja di Malaysia boleh menerima produk yang sama? Laporan penuh dari http://www.wired.com/news/culture/0,72329-0.html?tw=wn_index_26

Lanskap industri penerbitan tempatan 2007

Ada beberapa trend yang berlaku atau digosipkan akan berlaku dalam tahun 2007, khusus untuk mereka yang terlibat dalam industri buku. Trend baru dari kementerian pelajaran. Pertama, kita menjangka yang kementerian pelajaran akan mula meliberalisasikan pendidikan di Malaysia. Antara lain yang dijangka akan berlaku adalah mengurangkan fokus kepada sistem yang exam-centric sekarang ini. Jumlah mata pelajaran yang diperiksa akan dikurangkan. Objektifnya adalah untuk membentuk pelajar yang lebih seimbang dalam pelbagai aspek - akademik, korikulum, nilai dan kreativiti. Pelajar yang berfikir - bukan hanya pandai menjawab soalan peperiksaan. Kedua, buku teks akan diberi secara percuma kepada semua pelajar. Tidak ada lagi buku teks dalam pasaran terbuka. Kesan primari. Trend baru ini akan memberi kesan kepada penerbit buku ulangkaji peperiksaan. Jualan buku ulangkaji sangat bergantung kepada berapa banyak subjek yang akan diperiksa. Jika jumlah subjek dikurangkan, atau dibuat tidak wajib perik

RTM dan potensi Digital Broadcasting.

2 Artikel dari Thestar yang menjelaskan secara ringkas tentang standard HD, dan juga sistem tranmisi yang akan digunakan nanti. HDTV and digital broadcasts Digital broadcasts have been available in Malaysia for quite some time in the form of Astro. While the DVB-S standard used by Astro isn’t designed for use with HDTV, it doesn’t mean that the infrastructure cannot support HDTV in the near future. On the other hand, the DVB-T standard being adopted by RTM in its current digital broadcast trials is the same standard used in much of Europe – and is HDTV compatible (thanks to the use of MPEG2 and H.264 video compression standards). DVB-T terrestrial broadcasts are typically free-to-air (like regular analogue TV). At the moment, the only way to receive DVB-T signals in Malaysia is via a set-top box, although some televisions sold in Europe currently have built-in DVB-T decoders. There’s no specific date for the introduction of terrestrial HDTV broadcasts in Malaysia yet, but o

Musim banjir dan buku.

Selepas musim banjir ini selesai, ada penerbit yang akan dapat panggilan telefon dan surat dari Bahagian Buku Teks - untuk menggantikan buku teks yang tenggelam dan rosak semasa banjir baru-baru ini. Setakat ini, saya belum dengar lagi pesanan gantian untuk buku rosak. Mungkin dalam 1-2 minggu lagi sehingga ancaman banjir pantai timur dan utara selesai. Mungkin masa itu barulah BBT akan mengkompilasi senarai penuh buku teks yang perlu digantikan. Selain buku teks, saya juga menjangkakan buku perpustakaan terpaksa diganti kerana musnah semasa banjir baru-baru ini. Tetapi, proses ini mungkin lebih lambat. Buku teks pasti akan diberikan keutamaan oleh kementerian. Projek mengganti buku perpustakaan sekolah ini akan diperhatikan baik-baik oleh ramai kontraktor buku dan juga penerbit. Rezeki musim banjir.

Muslim pertama menjadi ahli kongress Amerika.

Keith Ellison mengangkat sumpah sebagai ahli kongress Amerika menggunakan sebuah Quran, yang pernah dipunyai oleh Thomas Jefferson, Presiden ketiga Amerika Syarikat. Naskah Quran ini diterbitkan di London, pada tahun 1764. Naskah ini kini dipunyai oleh Libary of Congress. Ini merupakan kali pertama Quran digunakan dalam majlis angkat sumpah ahli kongres di Amerika. Dan Quran terus berjalan. Berita lanjut di http://www.mercurynews.com/mld/mercurynews/news/politics/16385320.htm

Novel HP di Jepun sudah ada anugerah.

Mereka mengambil masa selama 6 tahun, sebelum phone novel pertama memecahkan garisan jualan 1 juta naskah. A mobile phone novel typically contains between 200 and 500 pages, with each page containing about 500 Japanese characters. The novels are read on a cell phone screen page by page, the way one would surf the web, and are downloadable for around $10 each. The first mobile phone novel was written six years ago by fiction writer Yoshi, but the trend picked up in the last couple years when high-school girls with no previous publishing experience started posting stories they wrote on community portals for others to download and read on their cell phones. Magic iLand is one such site. It began as a community portal where users could create personalized homepages from their cell phones. In March, the company launched a free novel library where readers can download text and link to blogs by select authors. The Magic Library Plus has quickly established itself as the gold standard fo