Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Pesta Buku Malaysia 2008

Pesta buku malaysia (PBM) akan berlangsung pada hujung bulan julai ini bertempat di PWTC dari 31 julai hingga 3 ogos 2008 . PBM akan berlaga tarikh dengan Pesta Buku Selangor yang berlangsung di kompleks PKNS, Shah Alam. Pesta buku ini akan dianjurkan sempena dengan Karnival membaca 2008, dibawah payung Perpustakaan Negara Malaysia. Saya sendiri tidak dapat jumpa apa-apa maklumat lanjut tentang perkara ini dalam web.

Pembekal Barang Sekolah Berebut Menjual Uniform Pasukan Pakaian Seragam.

Setelah selesai satu mesyuarat Malaysian Book Industry Council (MBIC), saya sempat berbual-bual dengan seorang pengimport dan pengedar bahan-bahan keperluan sekolah. Syarikat beliau ini khabarnya antara pengimport dan pembekal utama di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Banyak bahan-bahan seperti alat tulis dan alat bantuan mengajar yang digunakan di sekolah sekarang, dihasilkan di China dan diimport untuk pasaran sekolah-sekolah Malaysia. Saya tanya beliau, "Apa cerita, sibuk sangat sekarang?" Menurut beliau, para pembekal sekolah sedang sibuk membekalkan uniform untuk pasukan pakaian seragam. Ada satu peruntukan dari Kementerian Pendidikan, yang memberikan elaun sebanyak RM100 untuk setiap murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, untuk membeli uniform pasukan pakaian seragam. Beritanya mengatakan sebanyak 180,000 orang murid dari darjah 4 hingga tingkatan 5 yang menerima elaun uniform ini. Ini sahaja memberikan potensi pasaran sebanyak Rm180 juta kepada pembe...

Majlis Pertemuan Pengedar Dewan.

Satu majlis pertemuan antara semua pengedar DBP, yang jumlahnya dianggarkan sekitar 30 syarikat diadakan pada 18hb Jun di Dewan Bahasa. Menurut teman yang hadir, tujuan majlis ini ialah untuk membincangkan isu-isu kolektif para pengedar buku DBP, dan hubungan bisnes dengan mereka DAWAMA yang diberikan konsesi sebagai ' master dealer ' buku DBP. Menurut beliau juga, antara soalan yang ditimbulkan dalam pertemuan ini ialah keberkesanan program penswastaan DBP. Soal beliau "Setelah lebih dari 5 tahun penswastaan, apakah kesannya kepada para pengedar DBP?. Dari mata kasar, jumlah bisnes para pengedar tidaklah nampak berkembang pesat di bawah penswastaan ini". Mungkin ada baiknya DBP-DAWAMA mengeluarkan satu laporan perkembangan ( progress report ) setelah 5 tahun penswastaan ini supaya rakyat dapat tahu kejayaan atau kelemahan program ini.

UTUSAN : Bantuan pinjaman akan diberi kepada penerbit buku

18/06/2008 2:07pm KUALA LUMPUR 18 Jun – Industri buku yang kian lesu akan digiatkan kembali menerusi beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada penerbit dan pengedar buku. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu menjana kembali industri buku yang pernah mencapai zaman cemerlangnya suatu ketika dahulu serta meningkatkan jualan buku yang kian merosot. Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, agensi di bawah kementerian itu seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) akan membantu menambah peluang memasarkan buku serta menambah jumlah pembaca. “Sebahagian daripada agensi yang menyediakan pinjaman tidak memahami industri buku dengan lebih mendalam, contohnya selama ini SME Bank hanya melihat industri buku dari segi percetakan sahaja sedangkan di bawah industri buku terdapat juga penerbit dan pengedar buku,” katanya ketika merasmikan Majlis Pertemuan Pengedar Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka di sini hari ini. - ...

NYT: Boss EMI Yang Baru Dan Masalah Di Dalam Syarikatnya

Cerita dalam New York Times, bertajuk EMI’s New Boss Sees Cracks in Music World. 3 bulan lalu, Guy Hands menggunakan Terra Firma, syarikat private equity yang dipunyai oleh beliau membeli EMI dalam satu transaksi bernilai USD 6.4 billion. Siap pembelian, beliau sendiri mengambil alih pengurusan tertinggi EMI. Lantas, berlaku pertembungan budaya diantara Hands, bekas banker yang keras dan sangat mementingkan keuntungan, dan kakitangan EMI yang majoritinya lebih artistik. Gaya pengurusan Hands menyebabkan kejatuhan morale dikalangan kakitangan EMI. Bagi rakyat british yang mencintai musik, EMI adalah satu institusi yang ikonik dan bersejarah. Bagi Hands, ia adalah mesin wang jika dapat diuruskan dengan kemas. EMI juga menghadapai masalah pasaran musik yang perlahan. Audit dalaman menunjukkan yang EMI mencatatkan kerugian sebanyak USD 1.5 billion menerbitkan dan melancarkan album-album baru sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Yang menampung kerugian ini, ialah jualan album dari katalog ...

PW : Pengarang Saman Kedai Buku Kerana Menjual Bukunya.

Cerita Self-Published Author atau penerbit yang tidak dibayar oleh pengedar ini bukan cerita baru. Sudah banyak kali berlaku dimana-mana pun. Sampai sekarang penerbit masih kutip hutang tahun lepas (hutang tahun 2006 pun ada!). Tapi dalam cerita PublishersWeekly ini memang kali pertama saya dengar. Bila baca artikel ini buat kali kedua, saya terfikir yang jadi batu apinya, adalah peguam kepada pengarang ini. Aktor; Townsend - Pengarang & Self Published author Horn - peguam kepada Townsend Nazca (Dipunyai oleh Mosely) - Pengedar kepada Townsend ... Los Angeles-based Valerie F. Horn, Townsend's attorney, said that although the claim is rooted in an issue with Nazca (which is, for all intents and purposes, an individual named Herbert R. Moseley), the bookstores are legally entangled. According to Horn, Nazca, aka Moseley, copied Townsend's works without permission and then distributed the books to the booksellers. This, she said, results in "liability to all those with...

Anugerah Buku ABPA 2008.

Asean Book Publisher Association akan menganjurkan anugerah tahunan untuk buku-buku yang diterbitkan secara kerjasama antara penerbit dalam negara ASEAN. Tujuannya adalah untuk menggalakkan aktiviti perlesenan intra-Asean. Keputusan bagi tahun ini diumumkan dalam website ABPA (www.abpa.asia) Dari segi penyertaannya, tidaklah begitu banyak untuk anugerah yang pertama kali dijalankan. Tetapi, saya yakin akan bertambah dari tahun ke tahun dengan lebih banyak penyertaan. ABPA Awards 2008 winners announced! Congratulations to the inaugural winners of the ABPA Awards 2008! WINNER Academic Title: Continent, Coast, Ocean (Dynamics of Regionalism in Eastern Asia) Publisher: Institute of South East Asian Studies, Singapore & Institute of the Malay World Civilization Edited by: Ooi Kee Beng & Ding Choo Ming WINNER General Title: Sweet Memories Sweet Success Publisher: Thai Company Kanok Dannasan (OMF Publishers) Author: Kate Cheah WINNER Children's Title: Haiwan Telad...

100 hari, 100 kereta

Dari Berita Harian online, Selasa 17 Jun 2008. Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran. Tahniah kepada Jakim, kerana mengambil keputusan yang berdasarkan prinsip. Implikasi keputusan ini akan menyebabkan lebih banyak pertandingan seumpama ini menghadapi halangan perhubungan awam ( public relation ) pada masa hadapan. Saya tidak pasti samaada Jakim ada fungsi penguatkuasaan, tetapi Jakim boleh menggunakan agensi lain bawah KDN untuk menguatkuasakan keputusan mereka. Apa pun, keputusan Jakim ini akan menimbulkan isu PR kepada Celcom yang perlu ditangani segera untuk menjaga sentimen dan sokongan dari kumpulan pengguna muslim yang besar. ---------------------- Pertandingan Celcom ini mendapat sambutan hangat ke...

Putus Cinta

Satu klip video yang secara berjenaka, menggambarkan hubungan antara pengiklan dan pelanggan. Sepasang kekasih sedang berbicara. Si perempuan sebagai pelanggan ingin memutuskan hubungannya dengan si jejaka (sebagai pengiklan). Pengiklan, dalam video ini menggunakan segala jenis trik pengiklanan yang biasa digunakan oleh beliau untuk cuba memujuk si kekasihnya.

Musim Duka - 2

Harga Petrol dan Diesel naik lagi, dan kami penerbit masuk ke musim duka yang baru. Sewaktu minum petang dengan beberapa teman industri, ada yang sudah menyediakan puisi lara yang panjang. 'Warkah buat Pak Lah', bilang beliau. Bagaimana jualan buku pada hujung minggu pertama selepas kenaikan harga minyak ini? Untuk menjawap soalan penting ini, kami membuat satu kajian yang tidak mengikut disiplin akademik yang ketat. Sekadar cukup untuk mendapatkan gambaran di atas tanah ( On the ground , kalau diterjemah secara langsung). Kajian dilakukan dengan menelefon semua teman-teman di kedai-kedai buku seluruh negara pada hari Isnin, 9 Jun 2008. Kami dapati; Kawasan Kuala Lumpur : rata-rata kedai buku melaporkan kejatuhan antara 24% hingga 50% jika dibandingkan dengan jualan normal hujung minggu mereka. Johor Baru : jatuh antara 0% hingga 5%. Teman di sana melaporkan kehadiran ramai pembeli dari Singapura dalam kedai mereka. Membantu jualan. Utara : jatuh 5%. masih baik berbanding Kuala...

Evolusi industri E-Paper

Satu artikel dalam computimes bertajuk 'The future of E-Paper - The Kindle is just the beginning' , melaporkan kemajuan yang setakat ini sudah dicapai dalam teknologi dan produk E-Paper. Menarik dilaporkan ciri-ciri E-Paper yang sedang mengalami perkembangan; resolusi (naik dari 167 pixel dalam Kindle, kepada prototaip baru dari Seiko yang mencapai 385 ppi) fleksibel, skrin kini boleh dilentur dengan teknologi EPD speed, berapa cepat skrin boleh ditukar (Kindle ambil masa 1 saat untuk menukar mukasurat) warna dan grey scaling (Hanya 4 greyscale colour dalam Kindle, tetapi sudah ada produk dengan 16 greyscale sekarang) tekstur dan refleksi skrin kepada mata. Dari sekadar satu teknologi yang novelty , kini menjadi satu industri yang rancak dikembangkan. Semua perkembangan ini memungkinkan satu hari nanti kita menggunakan e-book reader yang terasa seperti benar-benar buku.